Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta terbabas lalu terbalik dalam longkang, lelaki terperangkap diselamat SCDF

Aug 16, 2023 | 5:49 PM
KERETA TERBABAS: Dalam gambar di media sosial, kereta itu kelihatan dalam keadaan terbalik dalam longkang.
KERETA TERBABAS: Dalam gambar di media sosial, kereta itu kelihatan dalam keadaan terbalik dalam longkang. - Foto Facebook Singapore roads accident.com新加坡公路意外网页

Seorang lelaki berusia 25 tahun dibawa ke hospital setelah keretanya terbabas masuk ke dalam longkang di Bukit Batok Street 32 pada Rabu.

Dalam jawapan kepada Berita Harian (BH), Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 9.35 pagi.

Dalam gambar yang tular di media sosial, kereta itu kelihatan terbalik dalam longkang dengan beberapa anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di tapak kejadian.

SCDF berkata kepada BH bahawa lelaki itu terperangkap dalam longkang dan anggotanya perlu menyelamatkan lelaki itu menggunakan alat menyelamat khas.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

BH difahamkan bahawa lelaki itu telah keluar daripada kereta sebelum SCDF tiba.

Polis berkata siasatan masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg