Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 26 tahun meninggal dunia, kereta terbelah dua

Aug 11, 2023 | 4:59 PM
NAHAS BAWA MAUT: Kemalangan yang belaku di CTE menyebabkan kereta remuk teruk dan terbelah dua.
NAHAS BAWA MAUT: Kemalangan yang belaku di CTE menyebabkan kereta remuk teruk dan terbelah dua. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO YOUTUBE/NEWS VIDEOS

Seorang lelaki berusia 26 tahun meninggal dunia dalam kemalangan kereta yang berlaku di Ekspreswe Central (CTE) pada Jumaat.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, kereta itu kelihatan terbelah dua.

Menurut akhbar Lianhe Zaobao, lelaki berusia 26 tahun itu merupakan penumpang dan dipercayai tercampak keluar daripada kereta hitam tersebut.

Dalam jawapan kepada Berita Harian (BH), polis berkata kereta itu dipercayai telah terbabas dengan sendiri di jalan susur CTE Ekspreswe Seletar (SLE) menghala ke Seletar West Link.

Polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 12.10 pagi Jumaat.

Polis juga berkata seorang pemandu kereta berusia 26 tahun berada dalam keadaan sedar manakala penumpang wanita berusia 26 tahun tidak sedarkan diri apabila dibawa ke hospital.

Hubungan antara ketiga-tiga orang yang terlibat dalam kemalangan itu belum diketahui.

Watch on YouTube

Rakaman video dalam talian menunjukkan bahawa tempat duduk pemandu dan penumpang di bahagian hadapan terdedah, manakala bahagian belakang kereta terpisah dan tidak kelihatan.

Kemalangan itu berlaku di laluan pertama dari kanan.

Kakitangan Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dilihat di tempat kejadian.

Khemah biru polis yang biasa digunakan untuk menutupi mayat dilihat di tepi jalan raya.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg