Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerja bina hab pengangkutan bersepadu Jurong East mula suku kedua tahun ini

Feb 5, 2021 | 5:30 AM
BAKAL SIAP 2027: Sebuah lakaran artis bagi hab pengangkutan bersepadu Jurong East, yang dijadualkan siap sekitar 2027. - Foto FACEBOOK/LTA)
BAKAL SIAP 2027: Sebuah lakaran artis bagi hab pengangkutan bersepadu Jurong East, yang dijadualkan siap sekitar 2027. - Foto FACEBOOK/LTA) -

PEMBINAAN hab pengangkutan bersepadu Jurong East akan dimulakan pada suku kedua tahun ini, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.

Ia dijadual siap sekitar 2027.

"Dengan pembukaannya, penumpang di kawasan itu dapat menjangka sambungan langsung dan pengangkutan lebih mudah antara Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat dan Laluan Daerah Jurong yang akan datang di stesen Jurong East," kata LTA.

Penguasa itu telah menganugerahkan kontrak bernilai $477.4 juta kepada syarikat China Communications Construction Company Limited (Singapore Branch) untuk mereka bentuk dan membina hab pengangkutan itu.

Hab pengangkutan bersepadu itu, yang akan dilengkapkan dengan penghawa dingin sepenuhnya, akan dihubungkan ke stesen MRT dan bangunan-bangunan komersial berdekatan, seperti pusat beli-belah.

Hab pengangkutan bersepadu Jurong East akan merangkumi institusi masyarakat dan sivik, menara pejabat dan sebuah pusat tukaran bas.

Ia akan menpunyai sebuah "blok menara 27 tingkat yang dihubungkan oleh sebuah jejantas ke sebuah blok podium lapan tingkat".

Kedua-dua blok itu akan menempatkan pejabat, ruang runcit dan kemudahan awam yang lain.

Kemudahan inklusif turut dimasukkan ke dalam desain hab pengangkutan itu. Ini termasuk kawasan turun bas dan tandas tanpa halangan, zon beratur keutamaan dan sebuah bilik menyusu.

"Ini adalah sebahagian usaha pemerintah mewujudkan sistem pengangkutan awam lebih prihatin dan inklusif," kata LTA.

Kemudahan itu juga sejajar dengan matlamat menjadikan kemudahan pengangkutan lebih mudah diakses.

Pusat tukaran bas Yio Chu Kang, misalnya, telah melalui pembangunan dan peningkatan sejak Disember 2017 untuk merangkumi ciri-ciri seperti laluan memudahkan pengguna kerusi roda.

Pusat tukaran bas Jurong East pula dipindahkan pada 6 Disember lalu dari tempat lamanya ke sebuah lokasi di seberang jalan.

Ini bertujuan memudahkan pembinaan hab pengangkutan bersepadu itu dan Laluan Daerah Jurong.

Dalam satu pengumuman yang dibuat pada 2017, Kementerian Pengangkutan dan LTA berkata sebuah pejabat bersama bagi dua pertubuhan itu akan ditempatkan di sebuah kompleks bersepadu di stesen MRT Jurong East, yang akan disiapkan selepas 2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg