Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kerja landasan di stesen Laluan Circle siap awal, khidmat biasa mulai 6 Apr

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja landasan di stesen Laluan Circle siap awal, khidmat biasa mulai 6 Apr

Apr 03, 2024 | 05:36 PM




Kerja landasan untuk menyepadukan Peringkat 6 Laluan Circle (CCL) dengan rangkaian rel sedia ada siap sebulan lebih awal dari jadual.

Perkhidmatan biasa antara stesen Kent Ridge dengan HarbourFront akan disambung semula mulai 6 April.

Sejak 20 Januari, setiap platform di stesen Telok Blangah dan HarbourFront ditutup bagi memudahkan kerja di landasan.

Kereta api ulang-alik beroperasi di platform lain antara stesen HarbourFront dengan Labrador.

Secara berasingan, berbanding membuat pusingan di HarbourFront, kereta api CCL telah berbuat demikian secara bergilir di Kent Ridge dan Labrador Park. Ini untuk mengekalkan selang waktu sibuk di laluan dari Kent Ridge ke Paya Lebar.

Langkah itu dijadualkan berlangsung sehingga 24 Mei.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 3 April berkata ia mungkin boleh mempercepatkan penyambungan perkhidmatan di stesen yang terjejas dan mengurangkan kesulitan kepada penumpang kerana kerja landasan siap awal.

Menurut LTA, ini disebabkan oleh sumber tambahan yang dikerahkan oleh pihak kontraktor agar kerja dapat berjalan sepanjang masa di samping memperhalusi proses kerja berdasarkan keadaan tapak.

Semua itu dapat dilakukan dengan kerjasama kontraktor dan SMRT, yang mengendalikan laluan MRT.

Peringkat akhir CCL akan menambah tiga lagi perhentian antara Harbourfront dengan Marina Bay, menutup gelung untuk laluan MRT itu.

Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, mengucapkan terima kasih kepada jurutera dan pekerja atas usaha mereka dan penumpang atas kesabaran mereka semasa tugas di landasan dilaksanakan.

Dalam hantarannya di Facebook pada 3 April, beliau menambah: “Dengan ini, penyiapan Laluan Circle sedang berjalan lancar, dan kami menanti pembukaan tiga stesen terakhirnya – Keppel, Cantonment, dan Prince Edward – menjelang 2026”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >