Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Stesen MRT Telok Blangah, HarbourFront tutup 1 platform 20 Jan hingga 24 Mei

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stesen MRT Telok Blangah, HarbourFront tutup 1 platform 20 Jan hingga 24 Mei

Jan 16, 2024 | 05:15 PM



Dari 20 Januari hingga 24 Mei 2024, satu platform di stesen MRT Telok Blangah dan HarbourFront di Laluan Circle (CCL) akan ditutup buat sementara waktu.

Kereta api ulang-alik akan beroperasi di platform lain antara stesen HarbourFront dengan Labrador Park selang 10 minit.

Penutupan itu bertujuan memudahkan kerja-kerja landasan untuk penyepaduan Peringkat 6 CCL dengan rangkaian sedia ada, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataan bersama pada 16 Januari.

Peringkat 6 CCL akan menambah tiga lagi stesen MRT antara stesen HarbourFront dengan Marina Bay, sekali gus menghubungkan kedua-dua stesen itu. Stesen-stesen tersebut ialah Keppel, Cantonment dan Prince Edward Road.

Kereta api CCL akan berakhir secara bergilir-gilir di stesen Kent Ridge dan Labrador Park dan bukan stesen HarbourFront.

Pada waktu sibuk, penumpang boleh menjangkakan selang waktu kereta api kira-kira lima minit di perhentian antara Kent Ridge dengan Labrador Park, kata LTA dan SMRT.

Waktu sibuk pada hari bekerja adalah dari 6 pagi hingga 10.30 pagi dan 4.30 petang hingga 10 malam tidak termasuk cuti umum, menurut kenyataan itu.

Penumpang dinasihatkan supaya merujuk kepada pengumuman kereta api dan panel paparan platform untuk maklumat mengenai di stesen mana perkhidmatan tren itu akan berakhir, kata LTA.

Sebagai pengangkutan alternatif kepada CCL semasa penutupan platform, penumpang boleh menggunakan 11 perkhidmatan bas awam (10, 30, 57, 61, 93, 97, 100, 143, 166, 188 & 963).

LTA juga akan menyediakan Perkhidmatan Bas Ulang-Alik Ekspres (E31) yang akan bergerak antara stesen HarbourFront, Telok Blangah, Labrador Park dan Kent Ridge pada selang 10 hingga 15 minit.

Mereka yang menuju ke atau dari stesen Haw Par Villa dan Pasir Panjang juga boleh menggunakan perkhidmatan bas sedia ada seperti 10, 30, 143 atau 188, yang beroperasi di antara stesen Haw Par Villa ke HarbourFront.

LTA menasihatkan penumpang agar merancang perjalanan mereka lebih awal, atau merujuk kepada aplikasi mudah alih MyTransport.SG LTA dan platform media sosial LTA dan SMRT untuk mendapatkan butiran lanjut.

“Kakitangan stesen juga akan ditempatkan di stesen yang terjejas untuk memberi bantuan semasa tempoh pelarasan perkhidmatan,” tambah LTA dan SMRT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >