Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kukuh terowong: Khidmat MRT di 7 stesen CCL dijangka terjejas

Libat stesen Dhoby Ghaut, Bras Basah, Esplanade, Promenade, Nicoll Highway, Marina Bay dan Bayfront
May 24, 2023 | 6:07 PM
BAKAL HADAPI GANGGUAN: Kerja penyelenggaraan terowong bakal menjejas perkhidmatan MRT di stesen Dhoby Ghaut, Bras Basah, Esplanade, Promenade, Nicoll Highway, Marina Bay dan Bayfront.
BAKAL HADAPI GANGGUAN: Kerja penyelenggaraan terowong bakal menjejas perkhidmatan MRT di stesen Dhoby Ghaut, Bras Basah, Esplanade, Promenade, Nicoll Highway, Marina Bay dan Bayfront. - Foto ST

PENUMPANG Laluan Circle Line (CCL) bakal hadapi kelewatan sehingga 30 minit dari 11 Jun hingga 20 Julai disebabkan pelaksanaan kerja penyelenggaraan di sebuah terowong yang alami “tekanan lebih berat.”

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata kerja-kerja itu bakal menjejas perkhidmatan tujuh stesen iaitu Dhoby Ghaut, Bras Basah, Esplanade, Promenade, Nicoll Highway, Marina Bay dan Bayfront.

Kereta api di laluan tersebut akan beroperasi di hanya satu landasan mulai 9 malam bagi kebanyakan hari dalam tempoh enam minggu, dengan dua perkhidmatan kereta api ulang-alik yang akan beroperasi di stesen terjejas.

LTA berkata pemeriksaan rutin yang dijalankan mendapati satu terowong CCL antara stesen Promenade dengan Nicoll Highway “hadapi tekanan lebih berat.”

Ia tidak memberi perincian lanjut berkenaan kenyataan itu.

“LTA telah membuat penilaian dan mendapati ia tidak membabitkan sebarang risiko keselamatan terhadap operasi kereta api CCL,” kata penguasa itu dalam satu kenyataan.

LTA akan jalankan kerja-kerja penyelenggaraan berjaga-jaga dan menguatkan terowong, termasuk memasang tunggak besi dalam bulatan terowong “bagi memastikan daya tahan jangka masa panjang terowong itu”.

Untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut, kereta api akan dikerah di tujuh stesen itu sebagai khidmat ulang alik (shuttle) dari 9 malam hingga hujung tempoh operasi bagi kebanyakan hari dalam tempoh 11 Jun hingga 20 Julai itu.

Kereta api akan menyambung semula operasi biasa bagi tarikh 16 hingga 18 Jun, 24, 28 dan 29 Jun, dan bagi 1, 2, 7, 8 dan 14 hingga 16 Julai.

Dua perkhidmatan ulang-alik akan disediakan, satu antara stesen Dhoby Ghaut dengan stesen Promenade yang akan beroperasi secara selang seli 15 minit dan lagi satu antara stesen Marina Bay dengan Stadium yang mana kereta api dijadual tiba setiap 20 minit.

“Ini akan menyebabkan kelewatan lebih lama, dan penumpang bakal mengalami waktu perjalanan tambahan sehingga 30 minit,” kata LTA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg