Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerja sukarela bawa kegembiraan kepada kehidupan

Jan 21, 2024 | 5:30 AM
JIWA BERKHIDMAT: Bagi Encik Habib Mohamad Ismail, kerja relawan yang beliau lakukan dengan menghantar roti yang tidak habis dijual kepada rumah kebajikan, membuatnya gembira.
JIWA BERKHIDMAT: Bagi Encik Habib Mohamad Ismail, kerja relawan yang beliau lakukan dengan menghantar roti yang tidak habis dijual kepada rumah kebajikan, membuatnya gembira. -  Foto BM oleh SHAFIQ APANDI

Warga Singapura kini kurang bahagia? Demikian menurut hasil Tinjauan Mutu Hidup 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Namun menurut tinjauan itu, golongan yang prihatin tentang masyarakat dan alam sekitar antara mereka yang lebih berpuas hati rata-ratanya.

Bagi Encik Habib Mohamad Ismail misalnya, kebahagiaan baginya adalah dalam bentuk kerja sukarela.

Sejak 20 tahun lalu, beliau telah meluangkan sekitar satu jam setiap Isnin malam untuk mengambil roti yang tidak habis dijual dari kedai roti dan menghantarnya ke rumah kebajikan.

Bapa dua anak itu seorang relawan Bread Run, daya usaha oleh badan amal Food From The Heart (FFTH) yang dimulakan pada 2003.

Encik Habib, 59 tahun, antara relawan pertama inisiatif itu setelah terdorong untuk mendaftarkan namanya selepas membaca laporan tentang roti-roti yang tidak habis dijual dan dibuang. Beliau melihat ada peranan yang boleh dimainkannya untuk mengelakkan pembaziran dengan menghantar roti-roti itu kepada golongan yang memerlukan.

Namun itu bukan satu-satunya kerja sukarela yang dilakukannya.

Encik Habib juga menyumbang masa dan tenaga sebagai pengerusi Rangkaian Penduduk (RN) Telok Blangah ‘Blangah Court’ sejak 36 tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg