Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kerjasama badan perakaunan, guaman bina keupayaan kemampanan firma khidmat profesional

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama badan perakaunan, guaman bina keupayaan kemampanan firma khidmat profesional

Jan 05, 2024 | 04:08 PM



Badan profesional perakaunan dan guaman utama Singapura akan berganding bahu sepanjang tiga tahun mendatang untuk membangunkan kelompok firma perkhidmat profesional yang boleh menyediakan perkhidmatan kemampanan di Singapura dan serantau.

Kurang 50 firma sedemikian di Singapura kini boleh menyediakan perkhidmatan itu, kata Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA) dan Persatuan Undang-Undang Singapura (LawSoc) pada 5 Januari.

Sasarannya ialah meningkatkan jumlah firma sedemikian sebanyak tiga kali ganda, lapor The Business Times.


Dua badan itu berkata usaha giat bagi syarikat untuk memastikan operasi mereka mampan telah meningkatkan permintaan bagi perkhidmatan yang melebihi pelaporan kemampanan dan khidmat penasihat.

Ini termasuk keupayaan memberi perniagaan jaminan terhad luaran mengenai jumlah gas rumah hijau yang dihasilkan secara langsung oleh operasi dan penggunaan kuasa syarikat ini.

Keperluan mendesak bagi firma perkhidmatan profesional meningkatkan kapasiti mereka dalam bidang berkaitan kemampanan berpunca daripada cadangan oleh Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (SRAC) Julai 2023  – bahawa perniagaan tersenarai dikehendaki mendapatkan sekurang-kurangnya jaminan asas bagi pelepasan hasil daripada operasi dan penggunaan kuasa mereka dua tahun selepas keperluan pelaporan iklim menjadi wajib.

Ini bermakna syarikat tersenarai di Bursa Singapura (SGX) bagi dagangan sekuriti perlu selaras mulai tahun kewangan (FY) 2027.

SRAC ialah panel yang diterajui industri yang dibentuk oleh pengawal selia perniagaan Singapura – Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) dan Penguasa Bursa Saham Singapura (SGX RegCo).

Oleh itu, firma perkhidmatan profesional Singapura perlu “meningkatkan taraf” dalam bidang baru ini untuk merebut peluang pertumbuhan, kata ISCA dan LawSoc.

Inisiatif mereka, Program Apex Kemampanan, disokong oleh EnterpriseSG di bawah Program Pembangunan Perusahaan dan Persatuan Tempatan untuk persatuan dan dewan perdagangan; ia juga disokong oleh Acra dan Pejabat Program Perkhidmatan Profesional, sebuah pejabat bersama antara Kementerian Undang-Undang dan Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura.

Satu memorandum persefahaman ditandatangani di Rumah ISCA pada Jumaat untuk memeterai perkongsian itu.

Presiden LawSoc, Cik Lisa Sam Hui Min, berkata program itu akan membolehkan ahli LawSoc dan ISCA menavigasi landskap ESG (persekitaran, sosial dan korporat) yang kompleks dengan yakin.

Penolong Ketua Pegawai Eksekutif bagi Penyelesaian Bandar, Kemampanan dan Kewangan Perusahaan di EnterpriseSG, Encik Geoffrey Yeo, berkata program itu menyediakan platform berharga untuk firma berkongsi idea dan pengalaman.

Ia juga boleh membuka jalan bagi firma untuk meneroka peluang mengembangkan amalan mereka dan mengenal pasti sinergi bagi perkongsian berpotensi, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >