Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Dolar S’pura dijangka kekal kukuh pada 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dolar S’pura dijangka kekal kukuh pada 2024

Jan 05, 2024 | 11:33 AM



Dolar Singapura adalah antara mata wang Asia yang berprestasi lebih baik pada 2023, dan berkemungkinan terus berprestasi baik pada 2024 berikutan dasar kewangan ketat dan dolar Amerika Syarikat lebih lemah.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) tidak membuat sebarang perubahan pada jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif Singdollar pada 2023, membiarkan Singdollar bebas untuh mengukuh berbanding mata wang lain.

Kebanyakan pakar ekonomi menjangka MAS tidak akan mengubah jalur dasar Singdollar pada 2024 juga, walaupun terdapat kemungkinan MAS perlu melonggarkan dasar kewangan jika inflasi teras reda secara ketara.

Itu akan memberi ruang bagi mata wang rakan perdagangan utama Singapura yang lain berprestasi lebih baik daripada Singdollar, kata penganalisis.

Ketua strategi makro Asia Pasifik dan penyelidikan pasaran baru muncul di BNP Paribas, Encik Siddharth Mathur, menyatakan bahawa MAS telah membenarkan Singdollar meningkat untuk mengehadkan kesan inflasi yang diimport.

Prestasi ekonomi China yang lemah turut mempengaruhi mata wang serantau lain, tambahnya.

Pakar strategi pertukaran mata wang asing di OCBC, Encik Christopher Wong, berkata MAS tidak perlu lagi mematuhi dasar ketat itu jika inflasi teras reda secara ketara.

Kebanyakan pemerhati pasaran berpendapat senario sedemikian tidak mungkin berlaku. Kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan bertindak sebagai tekanan ke atas inflasi.

Ketua global strategi pertukaran wang asing di Nomura, Encik Craig Chan, menjangka Singapura boleh mengalami ‘disinflasi’ (pengurangan kadar inflasi tinggi) pada separuh kedua 2024, dan Amerika boleh mengalami kemelesetan pada 2025.

Namun, kelemahan dalam ekonomi Amerika boleh mengukuhkan Singdollar.

Dolar Amerika dijangka menjadi lemah kerana Rizab Persekutuan Amerika mengurangkan kadar faedah untuk melonggarkan keadaan kewangan.

Ini akan menjadi positif bagi mata wang Asia, kata pengurus pelaburan pendapatan tetap Asia di Abrdn, Encik Soh Wai-Kiat.

Malah, mata wang Asia mungkin terjejas dengan ketara oleh peralihan dalam dasar kewangan Amerika pada 2024.

Pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika boleh membantu menggalak aliran modal kembali ke ekonomi Asia, dan juga boleh mengurangkan insentif bagi pengeksport Asia mengekalkan pendapatan dalam dolar Amerika, kata Encik Mathur.

Penganalisis juga menjangka ringgit Malaysia meningkat tahun ini.

Ringgit Malaysia antara mata wang yang berprestasi paling buruk pada 2023 kerana syarikat korporat di Malaysia terus memegang hasil eksport dalam mata wang asing, ujar Encik Soh.

Encik Mathur menjangka ringgit Malaysia meningkat pada 2024, memandangkan perbezaan kadar faedah dengan Amerika mengecil dan pertumbuhan di China semakin stabil.

Ringgit Malaysia juga akan mendapat manfaat daripada pemulihan selanjutnya dalam sektor elektronik.

Namun, Encik Mathur tidak menjangka ringgit Malaysia akan mengatasi prestasi Singdollar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >