Kerjasama baru PPIS manfaat pembelajaran guna AI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerjasama baru PPIS manfaat pembelajaran guna AI

Satu lagi kerjasama bakal ditandatangani, sokong peningkatan kemahiran kakitangan
Jan 24, 2026 | 5:40 PM

Kerjasama baru PPIS manfaat pembelajaran guna AI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, PPIS, AI, Halimah Yacob, Razwana Begum, MOU, KiteSense
(Dari kiri, duduk) Ketua Pegawai Eksekutif PPIS, Cik Aidaroyani Adam, dan Ketua Pegawai Eksekutif KiteSense, Encik Tan Yueh Phern, menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara PPIS dengan syarikat teknologi pendidikan, KiteSense. Menyaksikan pemeteraian itu ialah (dari kiri) Presiden PPIS, Profesor Madya Dr Razwana Begum Abdul Rahim; tetamu terhormat, mantan Presiden, Puan Halimah Yacob; dan Duta Kanan (Perkongsian Masyarakat) KiteSense, Encik Yeo See Peng. - Foto BM oleh KHALID BABA

Pelajar di pusat jagaan pelajar Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) bakal meraih manfaat menerusi penggunaan alat pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang disesuaikan mengikut peringkat umur.

Ini susulan kerjasama antara persatuan itu dengan syarikat teknologi pendidikan, KiteSense.

Memorandum persefahaman (MOU) antara kededua pertubuhan itu ditandatangani sempena majlis penghargaan ‘PPIS Together 2026: Honouring Our Journey’ di Hotel JEN Singapore Tanglin by Shangri-La, pada 24 Januari.

Hadir selaku tetamu terhormat ialah mantan Presiden, Puan Halimah Yacob.

MOU bersama KiteSense merupakan kerjasama pertama PPIS yang menumpukan kepada penggunaan AI di pusat jagaan pelajarnya.

Selain itu, PPIS turut mengumumkan satu lagi MOU yang bakal ditandatangani bersama Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) NTUC.

Ia menumpukan kepada pembangunan keupayaan pertubuhan dan tenaga kerja.

Mengulas mengenai kerjasama dengan KiteSense, Presiden PPIS, Profesor Madya Dr Razwana Begum Abdul Rahim, berkata langkah tersebut akan memperkenalkan alat pembelajaran AI yang sesuai mengikut peringkat umur ke pusat jagaan pelajar.

“Ini sekali gus memperkayakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak, yang ramai di antaranya datang dari keluarga berpendapatan rendah,” tambah Dr Razwana.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KiteSense, Encik Tan Yueh Phern, berkata kerjasama itu bertujuan memperkukuh sokongan pembelajaran serta meningkatkan penglibatan murid di dalam bilik darjah menerusi penggunaan teknologi secara bermakna dan terangkum.

Menyentuh tentang kerjasama dengan NTUC, Dr Razwana berkata ia diharap dapat menyokong PPIS dalam mengenal pasti keperluan latihan serta memperkukuh kemahiran kakitangan bagi menghadapi landskap perkhidmatan sosial yang semakin kompleks.

Dalam ucapannya yang disampaikan semasa acara itu, Puan Halimah berkata dua kerjasama penting dengan NTUC dan KiteSense mencerminkan komitmen PPIS terhadap pendidikan dan pembangunan individu.

“Kerjasama ini mencerminkan tanggungjawab bersama untuk melabur dalam pembangunan insan, dengan memperkukuh pengalaman pembelajaran kanak-kanak melalui AI serta membina keupayaan tenaga kerja untuk masa depan.

“Yang penting, kerjasama sebegini bukanlah pertukaran sehala,” kata Puan Halimah.

Malah, ia membolehkan kemahiran, pengetahuan dan perspektif mengalir dua hala, memberi manfaat kepada PPIS serta rakan kerjasama yang dapat memahami keperluan masyarakat dengan lebih mendalam, katanya.

Menurut Puan Halimah, peranan pertubuhan seperti PPIS yang menyokong wanita dan keluarga kini semakin kompleks.

Beliau turut menyentuh tentang pentingnya memperkukuh ekosistem perkhidmatan sosial secara menyeluruh untuk membolehkan pertubuhan seperti PPIS untuk bekerjasama dengan lebih berkesan.

Majlis tersebut dihadiri lebih 150 tetamu yang terdiri daripada penderma, rakan strategik, sukarelawan serta anggota masyarakat yang menyokong usaha PPIS memperkasa wanita, keluarga dan masyarakat di Singapura.

“Kerjasama ini mencerminkan tanggungjawab bersama untuk melabur dalam pembangunan insan, dengan memperkukuh pengalaman pembelajaran kanak-kanak melalui AI serta membina keupayaan tenaga kerja untuk masa depan.”
Mantan Presiden, Puan Halimah Yacob.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg