Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kerjasama pelbagai agensi penting bagi bantu penduduk flat sewa dapat rumah baru: HDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama pelbagai agensi penting bagi bantu penduduk flat sewa dapat rumah baru: HDB

Jan 21, 2024 | 02:04 PM



Proses untuk menempatkan semula 414 penyewa flat sewa di Toa Payoh yang bermula pada 2021 memerlukan perancangan terperinci dan penyelarasan rapat dalam kalangan beberapa agensi perkhidmatan awam dan sosial, memandangkan ramai penghuni adalah warga emas yang sudah lama menetap di flat sewa mereka.

Sehubungan itu, satu pasukan yang terdiri daripada pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan wakil daripada pelbagai agensi perkhidmatan awam dan sosial telah ditubuhkan untuk membantu penyewa dan membimbing mereka membuat pilihan perumahan mereka, termasuk sama ada untuk membeli flat baru atau terus menyewa daripada HDB.

“Memandangkan ramai penyewa adalah warga emas, kami faham mereka bimbang untuk berpindah dari flat HDB yang telah mereka diami selama bertahun-tahun ke rumah baru.

“Beberapa warga emas yang kesukaran bergerak turut menyatakan kebimbangan mereka untuk memindahkan barang-barang mereka secara fizikal ke rumah baru mereka.

“Dengan sokongan padu dan bantuan oleh rakan kongsi masyarakat dan sukarelawan di Toa Payoh, kami dapat membantu penyewa berpindah ke rumah baru dan memudahkan peralihan bagi mereka,” kata pengurus kanan estet Encik Gary Woo, seorang pegawai penempatan semula dari Jabatan Perumahan Sewa HDB yang terlibat dalam proses pemindahan itu.

HDB menambah bahawa kaunter pertanyaan di tapak telah disediakan juga pada fasa awal proses penempatan semula, serta sebelum peringkat pemilihan flat seterusnya, untuk menjawab sebarang pertanyaan dari penyewa.

Di kaunter itu, penyewa boleh mendapat maklumat seperti jarak ke kemudahan berdekatan, susun atur flat dan gambar pelbagai pilihan flat sewa untuk membantu mereka membuat pilihan termaklum tanpa perlu melawat flat secara fizikal. Talian ‘hotline’ khusus juga disediakan untuk penyewa.

“Selain proses pentadbiran memindahkan penyewa, apa yang penting juga adalah untuk memahami dan menangani emosi dan kebimbangan penyewa dan menyokong mereka dalam apa jua cara yang kami mampu.

“Saya terharu apabila mengetahui penyewa turut gembira dan berpuas hati dengan pemindahan itu dan telah menetap dengan baik di rumah baru mereka,” kata Encik Woo.

Untuk memastikan peralihan yang lancar ke rumah baru bagi warga emas yang memerlukan, HDB juga bekerja rapat dengan sukarelawan daripada Jawatankuasa Pelajar dan Alumni Gerontologi Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) untuk memberikan bantuan kepada penyewa.

Para sukarelawan membantu penyewa warga emas membersihkan flat sewa mereka, memindahkan barang-barang dan memastikan penyedia perkhidmatan terus memberikan perkhidmatan kepada mereka selepas berpindah.

HDB juga bekerjasama dengan Pusat Aktiviti Warga Emas Thye Hua Kwan untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan penjagaan warga emas selepas penyewa berpindah ke flat baru mereka.

Ia juga bekerjasama dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk memudahkan pengemaskinian alamat kediaman mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >