Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kerjasama polis, 4 bank jaya selamatkan 15,000 mangsa penipuan daripada rugi $69j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama polis, 4 bank jaya selamatkan 15,000 mangsa penipuan daripada rugi $69j

Jan 09, 2024 | 06:01 PM



Dalam tempoh 15 minggu Pasukan Polis Singapura (SPF) telah bekerjasama dengan empat bank bagi mencegah lebih 15,000 mangsa penipuan daripada mengalami kerugian lebih $69.43 juta.

Pusat Anti-Penipuan (ASC) polis, bersama-sama dengan bank DBS, UOB, OCBC dan Standard Chartered, menggunakan teknologi Automasi Proses Robotik (RPA) untuk mengenal pasti pekerjaan, pelaburan dan mangsa penipuan lain.

RPA menggunakan robot atau kecerdasan buatan (AI) untuk belajar dan kemudian meniru tugasan berulang.

Antara 16 September hingga 31 Disember 2023, ASC mengeluarkan lebih 48,000 nota pemberitahuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa, yang merupakan pelanggan empat bank itu, berkenaan lebih 5,300 penipuan yang sedang berlaku.

“Teknologi RPA telah membolehkan polis mengautomasikan perkongsian maklumat, pemprosesan maklumat, dan pengedaran amaran SMS secara pukal.

“Kerjasama antara polis dan bank rakan kongsinya juga telah meningkatkan jangkauan mereka dengan ketara untuk menyedarkan lebih ramai mangsa dengan segera dalam tempoh yang singkat dan mengelakkan kerugian selanjutnya,” kata polis pada 9 Januari.

Ramai mangsa menyedari mereka telah ditipu hanya selepas mereka menerima kiriman SMS, yang menasihatkan mereka untuk menghentikan sebarang transaksi kewangan selanjutnya.

Secara berasingan, polis bekerjasama dengan syarikat insurans Great Eastern dan OCBC pada 19 Disember 2023, untuk mencegah kerugian lebih daripada $250,000 dalam kes penipuan penyamaran pegawai rasmi pemerintah.

Seorang mangsa berusia 67 tahun telah menerima panggilan pada 2 Disember 2023, daripada penipu yang menyamar sebagai pegawai pemerintah dari China. Menurut polis, penipu itu mendakwa mangsa mempunyai dana yang mencurigakan dalam akaun bank China yang didaftarkan atas namanya, dan menuduh mangsa melakukan jenayah.

Penipu itu kemudian memindahkan panggilan mangsa kepada penipu kedua, yang menyamar sebagai seorang lagi pegawai pemerintah China.

Pada 13 Disember 2023, atas arahan penipu kedua, mangsa membuka akaun UOB atas namanya, kononnya untuk membantu siasatan. Beliau kemudian memberi bukti kelayakan perbankan Internet akaun baru itu kepada penipu.

Mangsa diberitahu untuk mengeluarkan semua wangnya dari akaun bank lain, mencairkan polisi insurans dan memasukkan semua wang ke dalam akaun UOB baru.

Pada 18 Disember 2023, mangsa pergi ke cawangan Great Eastern di Jurong East, atas arahan penipu kedua, untuk mencairkan polisi insuransnya. Ini telah dikesan oleh pegawai perkhidmatan pelanggan Great Eastern, yang mendapati keadaan itu mencurigakan.

Mangsa mendakwa wang itu adalah untuk membeli rumah dan kos pengubahsuaian, tetapi tidak dapat memberikan butiran lanjut apabila beliau disiasat lebih lanjut.

Ini menyebabkan pegawai perkhidmatan pelanggan Great Eastern lebih curiga, dan kemudian beliau memaklumkan kejadian itu kepada OCBC. OCBC kemudian menghubungi ASC untuk mendapatkan bantuan.

ASC bekerjasama dengan OCBC untuk mencegah mangsa daripada membuat sebarang transaksi selanjutnya. Pegawai ASC melawat mangsa di kediamannya dan meyakinkannya bahawa beliau telah menjadi mangsa penipuan.

Ketua Anti-Penipuan, Pematuhan Jenayah Kumpulan Kewangan di OCBC, Encik Beaver Chua, berkata: “Memerangi penipuan benar-benar merupakan usaha masyarakat. Kami gembira dengan cara OCBC dan Great Eastern bekerja sebagai ‘satu kumpulan’ untuk mengenal pasti penipuan dengan pantas, memaklumkan pihak berkuasa dan bekerjasama rapat dengan mereka bagi mengelakkan pelanggan kami kehilangan wang…”

Great Eastern ialah anak syarikat OCBC.

Polis menggalakkan orang ramai melindungi diri mereka daripada penipuan dengan menambahkan ciri keselamatan pada peranti elektronik dan aplikasi perbankan mereka, menyemak tanda-tanda penipuan, dan memberitahu pihak berkuasa dan orang lain tentang sebarang penipuan yang berterusan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan, orang ramai boleh melayari www.scamalert.sg atau menghubungi talian anti-penipuan di 1800-722-6688. Untuk melaporkan maklumat berkaitan penipuan, individu boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan butiran dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness, dengan jaminan kerahsiaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >