Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes bom palsu di Ang Mo Kio: Pegawai keselamatan bakal didakwa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bom palsu di Ang Mo Kio: Pegawai keselamatan bakal didakwa

Apr 08, 2024 | 06:07 PM



Seorang pegawai keselamatan berusia 46 tahun akan didakwa pada 9 April atas penglibatannya dalam kes dakwaan ancaman bom.

Pasukan Polis Singapura (SPF) melaporkan bahawa pada 5 Januari 2024, 8.22 pagi, mereka telah dimaklumkan tentang barang yang mencurigakan di 32 Taman Perindustrian Ang Mo Kio 2, yang mulanya disyaki sebagai bom buatan sendiri atau IED.

Bagaimanapun, objek itu kemudiannya disahkan sebagai IED palsu dan tidak mengancam keselamatan.

Objek mencurigakan itu dikatakan telah ditinggalkan sebuah syarikat keselamatan yang menjalankan latihan kawalan keselamatan atau ‘Red-Teaming’, kata SPF dalam kenyataannya pada 8 April.

“Pengurusan latihan yang lemah menyebabkan kerahan sumber polis sebenar ke tempat kejadian dan lebih 100 orang mengalami kesulitan kerana mereka dihalang daripada memasuki premis disebabkan pemeriksaan yang berterusan,” tambah polis.

Siasatan lanjut mendapati pegawai keselamatan yang bertugas pada syif malam itu gagal membuang IED palsu tersebut selepas diarah berbuat demikian sekitar 4.30 pagi pada hari kejadian.

Bertentangan dengan dakwaannya bahawa dia keluar sebentar untuk membeli makanan, rakaman kamera kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia tidak hadir di pusat kawalan pengawal selama lebih lima jam antara 4 dan 5 Januari.

Pegawai keselamatan itu juga mengaku memberi catatan palsu dalam buku kejadian pusat kawalan pengawal untuk menutup ketidakhadirannya.

Lelaki itu bakal didakwa pada 9 April kerana menyebabkan kebimbangan dan kegelisahan, tidak hadir bertugas tanpa sebab yang sah, memberi maklumat palsu kepada penjawat awam dan memalsukan keterangannya. 

Kesalahan ini membawa hukuman denda hingga penjara, dengan pertuduhan paling serius boleh mengakibatkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan menyebabkan kebimbangan membawa denda sehingga $5,000, manakala kesalahan tidak hadir ketika bertugas sebagai pegawai keselamatan tanpa sebab yang sah membawa hukuman denda sehingga $2,000 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya.

Bagi memalsukan maklumat kepada penjawat awam, pegawai keselamatan itu boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga $5,000 atau kedua-duanya; dan kesalahan memalsukan keterangan membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya.

Polis menekankan bahawa mereka memandang serius terhadap ancaman keselamatan dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebabkan kegelisahan awam dan pembaziran sumber awam.

“Polis memandang serius semua ancaman keselamatan dan tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menimbulkan kebimbangan awam kerana kecuaian mereka.

“Selain ketakutan dan kesulitan yang ditimbulkan kepada orang awam yang lain, ia melibatkan kos sumber awam yang perlu digunakan untuk menangani insiden itu,” kata SPF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >