Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes bunuh Sekolah Tinggi River Valley: Rayuan remaja ditolak, kekal dijel 16 tahun

Oct 23, 2024 | 4:07 PM
Satu kejadian pembunuhan di Sekolah Tinggi River Valley telah berlaku pada 19 Julai 2021. Penyerang yang pada ketika itu berusia 16 tahun, meninggalkan bilik darjahnya dan menunggu di tandas, dan berulang kali menetak mangsa menggunakan kapak.
Satu kejadian pembunuhan di Sekolah Tinggi River Valley telah berlaku pada 19 Julai 2021. Penyerang yang pada ketika itu berusia 16 tahun, meninggalkan bilik darjahnya dan menunggu di tandas, dan berulang kali menetak mangsa menggunakan kapak. - Foto fail

Mahkamah Rayuan pada 23 Oktober mengekalkan hukuman penjara 16 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang remaja yang membunuh rakan sekolahnya di Sekolah Tinggi River Valley dengan kapak pada 2021.

Mahkamah tertinggi Singapura itu menolak rayuan remaja tersebut untuk dikenakan hukuman penjara antara lapan dengan 10 tahun.

Penyerang, yang namanya tidak boleh didedahkan atas sebab undang-undang disebabkan melakukan jenayah itu ketika berusia 16 tahun, pada mulanya menghadapi pertuduhan membunuh.

Pertuduhan itu kemudian dikurangkan kepada salah satu pertuduhan menyebabkan kematian dengan niat atau culpable homicide, apabila dia didapati mengalami gangguan kemurungan utama (MDD) pada waktu pembunuhan itu, lapor The Straits Times.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu pada 1 Disember 2023 dan telah dijatuhi hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi.

Semasa rayuannya pada 1 Julai, peguam remaja itu, Encik Sunil Sudheesan, mengemukakan hujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi gagal memberi pertimbangan yang mencukupi kepada gangguan mental anak guamnya dalam melaksanakan hukuman yang berat itu.

Peguam itu menyatakan bahawa anak guamnya berada dalam keadaan yang sangat tertekan ketika merancang tindakan yang tidak rasional itu.

Oleh itu, kesalahannya perlu dinilai berdasarkan konteks tersebut.

Remaja itu, yang ketika itu sedang mengalami kemurungan, telah merancang untuk menetak orang di sekolahnya, dengan harapan polis akan datang menembaknya hingga mati.

Dia membeli beberapa senjata, termasuk kapak tempur, antara Mac dengan April pada 2021.

Pada 19 Julai 2021, remaja yang pada ketika itu berusia 16 tahun, meninggalkan bilik darjahnya dan menunggu sesiapa yang memasuki tandas.

Dia kemudian berulang kali menetak mangsa menggunakan kapak. 

Penyerang dan mangsa, Ethan Hun, 13 tahun, tidak mengenali antara satu sama lain.

Pada mulanya nama mangsa tidak boleh didedahkan bagi melindungi identitinya, tetapi undang-undang itu telah digugurkan oleh Mahkamah Tinggi atas permintaan ibu bapa Ethan.

Mereka telah memaafkan penyerang itu, dan berkata bahawa walaupun mereka sedih, mereka ingin semua orang mengingati Ethan kerana kebaikannya, hatinya yang penyayang dan sifatnya yang mencintai keamanan.

Semasa rayuan pada 1 Julai, Encik Sudheesan berkata rancangan tidak rasional remaja itu juga dipengaruhi video snuff, iaitu rakaman memaparkan adegan pembunuhan atau kematian sebenar seseorang, yang telah ditonton oleh remaja itu.

Susulan kejadian itu, remaja itu pulih sepenuhnya daripada kemurungan sejak September 2022, tambah peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Andre Chong mengatakan bahawa remaja itu memiliki tanggungjawab yang besar setelah membuat keputusan untuk menonton video sedemikian ketika berupaya untuk berfikir secara rasional.

DPP Chong mengatakan bahawa sekiranya remaja itu tidak menonton video-video tersebut, dia tidak akan ada kecenderungan untuk membunuh diri.

DPP Chong juga menambah bahawa remaja itu sedar dia tertekan, tetapi enggan mendapatkan bantuan, dan sepatutnya berwaspada terhadap bahan sedemikian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg