Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes dera seksual adik-beradik: Abang diarah jalani pemulihan akhlak

Jun 26, 2024 | 8:21 PM
Ketika menjatuhkan hukuman ke atas abang mangsa yang ketiga, Hakim Hoo Sheau Peng, berkata dia bukanlah seorang pesalah yang keras dan degil.
Ketika menjatuhkan hukuman ke atas abang mangsa yang ketiga, Hakim Hoo Sheau Peng, berkata dia bukanlah seorang pesalah yang keras dan degil. - Foto ST

Seorang daripada empat beradik lelaki yang melakukan penderaan seksual terhadap adik perempuannya semasa dia remaja diarah menjalani pemulihan akhlak oleh Mahkamah Tinggi pada 26 Jun, untuk sekurang-kurangnya 12 bulan.

Latihan pemulihan akhlak adalah rejim apabila pesalah muda ditahan di pusat pemulihan akhlak untuk sekurang-kurangnya enam bulan dan menjalani program yang ditetapkan. 

Pesalah itu, yang berusia 16 atau 17 tahun ketika melakukan kesalahan tersebut, mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan serangan seksual yang serius melalui penetrasi pada Februari.

Tujuh tuduhan lain telah diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Ia terdiri daripada satu tuduhan serangan seksual yang lebih serius melalui penetrasi dan enam tuduhan mencabul kehormatan.

Pesalah itu, yang kini berusia 20 tahun, merupakan abang ketiga dan merupakan pesalah ketiga dijatuhkan hukuman.

Anak sulung, yang mengaku bersalah atas lapan tuduhan melakukan serangan seksual serius melalui penetrasi, dan berusia antara 18 dengan 21 tahun ketika melakukan kesalahan itu, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dengan 24 sebatan pada 20 Mei.

Sehari kemudian, abang kedua pula dihukum penjara 18 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol. Dia berumur 16 hingga 20 tahun ketika melakukan kesalahan tersebut.

Dalam menjatuhkan hukuman ke atas adik lelaki ketiga, Hakim Hoo Sheau Peng, berkata dia bukanlah seorang pesalah rentan dan degil. Maka, pemulihan adalah pertimbangan hukuman yang utama.

Pihak pendakwaan menuntut hukuman penjara lapan hingga sembilan tahun serta 12 sebatan, manakala peguambela, Encik Ashvin Hariharan, meminta mahkamah menerima cadangan laporan yang mendapati anak guamnya sesuai untuk menjalani pemulihan akhlak.

Hakim Hoo bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa mangsa, yang kini berusia 14 tahun dan telah dirujuk kepada terapi perilaku kognitif dengan tumpuan pada trauma, mengalami trauma yang ketara.

Tetapi menurut mangsa, trauma yang dialaminya itu bukan hanya akibat daripada kesalahan abangnya yang ketiga, malah turut melibatkan tiga adik-beradiknya yang lain.

Mangsa maklum bahawa pihak pendakwaan tidak mempertikaikan bahawa, daripada empat beradik itu, kesalahan abang ketiganya tidaklah seburuk abang-abangnya yang lain.

Menurut dokumen mahkamah, dia telah menyentuh dan mencabul mangsa secara seksual sekurang-kurangnya empat kali pada 2020, walaupun mangsa cuba menghalang percubaannya.

Pada masa dia mula mendera mangsa, tiga beradik lelakinya telah menyerang mangsa secara seksual sekurang-kurangnya sekali sebelum ini.

Dia tahu bahawa dua abangnya melakukan serangan seksual terhadap mangsa tetapi memutuskan untuk “berdiam diri”.

Dalam tempoh empat tahun penderaan, dari 2018 hingga Februari 2022, mangsa tidak berani memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut.

Pada 10 Februari 2022, mangsa akhirnya mendapat keberanian untuk memberitahu pihak berkuasa di sekolahnya mengenai penderaan itu.

Ini menyebabkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dimaklumkan, yang kemudian membuat laporan polis.

Menurut Encik Ashvin, anak guamnya telah menghentikan penderaan itu lebih awal sebelum mangsa memaklumkan sekolahnya, bukan semata-mata kerana dia sibuk dengan kerja sekolah tetapi kerana dia benar-benar menyesal di atas perbuatannya itu.

Hakim Hoo berkata mangsa sedia menerima bahawa keputusan abangnya itu menghentikan perbuatannya adalah petanda rasa bersalah dan penyesalan, sambil mengambil keputusan untuk tampil mengaku bersalah secepat mungkin.

Kes terhadap adik bongsu empat beradik lelaki yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol pada 12 Mac sedang berjalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg