Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes tipu di Facebook, WhatsApp dan Instagram amat membimbangkan

Aug 22, 2024 | 3:00 PM
Tiga produk Meta – Facebook, WhatsApp dan Instagram – kekal membimbangkan berkaitan kes penipuan dengan menghubungi potensi mangsa pada enam bulan pertama 2024. 
Tiga produk Meta – Facebook, WhatsApp dan Instagram – kekal membimbangkan berkaitan kes penipuan dengan menghubungi potensi mangsa pada enam bulan pertama 2024.  - Foto REUTERS

Tiga produk Meta – Facebook, WhatsApp dan Instagram –  kekal membimbangkan berkaitan kes penipuan dengan menghubungi potensi mangsa pada enam bulan pertama 2024.

Penipu biasanya menghubungi mangsa melalui platform mesej, media sosial, membeli-belah melalui talian, panggilan telefon dan laman web lain.

Kaedah itu merupakan lima wadah utama yang digunakan penipu.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling berkata:

“Jumlah kes penipuan yang semakin meningkat serta jumlah wang yang lesap akibat penipuan amat membimbangkan.

“Pasukan Polis Singapura (SPF) bekerja rapat dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk menyekat panggilan, panggilan ke luar negara, menyenarai hitam nombor daripada sampai kepada mangsa penipuan,” kata Cik Sun.

Namun, sebilangan besar kes penipuan berpunca daripada pemindahan yang dilakukan oleh mangsa sendiri.

Ini berpunca daripada ‘kejuruteraan sosial’ – penipuan yang mengeksploitasi kepercayaan individu untuk mendapatkan wang atau maklumat sulit – yang merupakan satu bahagian penting dalam modus operandi penipuan.

“Kita perlu meningkatkan usaha pendidikan untuk memaklumkan kepada orang ramai supaya mereka tidak dimanipulasi untuk memindahkan wang mereka ke dalam akaun penipu,” ujar Cik Sun.

Bilangan kes penipuan yang mana penipu menghubungi mangsa melalui media sosial meningkat kepada 7,737 pada enam bulan pertama 2024, satu peningkatan berbanding 5,937 dalam tempoh sama pada 2023.

Jumlah ini termasuk sekitar 64 peratus di Facebook dan 18 peratus di Instagram.

Antara kes penipuan dilakukan melalui Facebook, lebih separuh merupakan penipuan e-dagang, 14.8 peratus penipuan pekerjaan, dan 10.1 peratus penipuan pelaburan.

Lebih kurang 50.2 peratus kes penipuan juga dijalankan melalui WhatsApp, dengan lebih separuh adalah penipuan pekerjaan.

Sekitar 74 peratus mangsa penipuan adalah golongan belia dan orang dewasa yang berumur di bawah 50 tahun.

Namun, jumlah purata kerugian yang dialami warga emas adalah yang tertinggi.

Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mencipta bersama kandungan antipenipuan.

Sebagai contoh, kerjasama dengan syarikat Meta untuk membangunkan kandungan antipenipuan bagi pengguna platform mereka serta mendekati belia.

Selain itu, SPF sedang bekerjasama dengan Circles.Life, StarHub dan Singtel untuk memulakan bahan bagi mendidik pelanggan.

Pasukan Anti-Penipuan (ASCom) juga bekerja rapat dengan pihak berkepentingan lain seperti syarikat telekomunikasi tempatan dan platform e-dagang untuk bertindak terhadap saluran yang digunakan bagi tujuan penipuan.

Pada enam bulan pertama 2024, lebih 10,300 talian telefon yang dipercayai digunakan dalam kes penipuan telah dikemukakan agar talian itu ditamatkan.

Ini turut dilakukan kepada lebih 14,000 talian WhatsApp.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg