Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes tipu naik ketara pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tipu naik ketara pada 2023

Feb 18, 2024 | 05:06 PM



Bilangan kes penipuan kian meningkat saban tahun dengan bilangan kes pada 2023 meningkat hampir 50 peratus kepada 46,563 kes berbanding 31,728 kes pada 2022.

Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata jika digabungkan dengan kes jenayah siber pada 2023, bilangan keseluruhan adalah 50,376 kes.

Ini merupakan lonjakan sebanyak 49.6 peratus daripada 33,669 kes yang dicatatkan pada 2022.

Demikian dinyatakan polis dalam Laporan Tahunan Penipuan dan Jenayah Siber 2023 pada 18 Februari.

Sungguhpun demikian, polis menyatakan jumlah kerugian akibat penipuan merosot sedikit kepada $651.8 juta bagi 2023 berbanding $660.7 juta pada 2022 – penurunan 1.3 peratus.

Dalam laporan tersebut, polis menjelaskan penipuan pekerjaan kekal sebagai salah satu jenis penipuan utama yang menjadi kebimbangan.

Khususnya bagi 2023, ia membentuk lebih 20 peratus daripada kes penipuan keseluruhan dan mencatatkan kes tertinggi berbanding jenis penipuan lain.

Daripada 46,563 kes penipuan, 9,914 kes atau 21.3 peratus adalah penipuan pekerjaan.

Pada 2022, penipuan pekerjaan membentuk 20.5 peratus daripada kes penipuan keseluruhan manakala pada 2021, ia membentuk 19.0 peratus.

Selain penipuan pekerjaan, empat jenis penipuan teratas bagi 2023 adalah penipuan pelaburan, penipuan e-dagang, penipuan cinta palsu dan penipuan pancingan data, jelas laporan itu.

Penipuan pelaburan dan penipuan pekerjaan membentuk lebih separuh daripada jumlah kerugian keseluruhan – digabungkan, peratusan kedua-dua jenis penipuan ini membentuk 52.2 peratus daripada kerugian $651.8 juta bagi 2023.

Laporan tersebut juga mendedahkan bahawa purata kerugian merentasi lima jenis penipuan teratas mencatatkan penurunan daripada $20,824 pada 2022 kepada $13,999 bagi 2023 – turun sekitar 32.8 peratus.

Polis menjelaskan bahawa penurunan tersebut adalah hasil usaha proaktif dan diselaraskan oleh polis, agensi pemerintah dan pihak berkepentingan lain dalam “pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan usaha pengekangan”.

Ini di samping pendidikan awam berkenaan penipuan bagi mencegah individu daripada jadi mangsa penipuan.

Laporan itu turut menjelaskan bahawa media sosial dan wadah kiriman mesej kekal sebagai kaedah hubungan teratas yang digunakan penipu untuk menghubungi mangsa bagi 2022 dan 2023.

Daripada kes penipuan yang dicatatkan bagi 2023, 13,725 kes adalah melalui media sosial manakala 12,368 adalah melalui wadah kiriman mesej.

Laporan tersebut memberi perincian bahawa sebahagian besar daripada 13,725 kes yang melibatkan media sosial adalah melalui Facebook (71.7 peratus), diikuti dengan Instagram (18.5 peratus).

Lantaran itu, pihak polis memberi amaran produk Meta (Facebook, Instagram, dan WhatsApp) secara khususnya lebih terdedah dan dieksploitasi oleh penipu.

Bahkan, WhatsApp merupakan wadah kiriman mesej yang menyaksikan peratusan tertinggi (51.6 peratus) bagi jenis penipuan pekerjaan.

Lebih dua pertiga (67.7 peratus) mangsa kes penipuan pula adalah dalam lingkungan usia 20-49 tahun.

Daripada jumlah tersebut, 31.9 peratus dalam lingkungan usia 20-29 tahun menjadi mangsa kepada penipuan pekerjaan manakala 25.9 peratus menjadi mangsa penipuan e-dagang.

Pengarah Jabatan Ehwal Komersial (CAD), Encik David Chew, berkata penipuan akan terus berubah dan menasihatkan orang awam supaya kekal berwaspada bagi membanteras penipuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >