Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes ubah wang haram: Tertuduh hadapi 8 lagi tuduhan

Jan 19, 2024 | 5:53 PM
GUBAH WANG HARAM: Su Baolin kini menghadapi 10 pertuduhan secara keseluruhan.
GUBAH WANG HARAM: Su Baolin kini menghadapi 10 pertuduhan secara keseluruhan. - Foto fail

Su Baolin, salah seorang daripada 10 tertuduh dalam kes pengubahan wang haram bernilai $2.8 bilion, telah dihadapkan lapan lagi pertuduhan pada 19 Januari.

Su, 42 tahun, berasal dari China, memegang pasport Kemboja dan kini berdepan 10 pertuduhan secara keseluruhan.

Salah satu pertuduhan terbarunya mendakwa dia menggunakan sebanyak $657,980, pada atau sekitar 24 Disember 2020, untuk membiayai pembelian tiga hartanah di Scotts Square, di Scotts Road, atas nama isterinya, Ma Ning.

Tiga cek telah dikeluarkan, setiap satu bernilai lebih $1.8 juta.

Wang yang dia berikan itu didakwa berasal daripada konspirasi yang dia telah lakukan dengan Wang Qiming, bekas pekerja Citibank, untuk memalsukan dokumen dengan niat untuk menipu Standard Chartered Bank.

Tiga daripada pertuduhan barunya adalah kerana membuat pernyataan palsu dan melibatkan Wang Junjie – seorang lelaki yang memegang pelbagai jawatan pengarah, setiausaha dan pemegang saham dalam 185 firma.

Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) pada 19 Januari berkata bahawa pendaftaran Wang Junjie sebagai individu layak (RQI) dibatalkan pada 18 Januari, sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap pengubahan wang haram yang sedang dijalankan.

Satu sidang praperbicaraan ditetapkan untuk Su, yang masih ditahan reman, pada 24 Januari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg