Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kesan tragedi gempa kepada S’pura

Aug 4, 2024 | 5:30 AM
Perhimpunan di Sekolah Rendah Tanjong Katong pada Jun 2015 bagi memperingati tujuh murid dan dua guru sekolah itu yang terkorban dalam gempa di Gunung Kinabalu.
Perhimpunan di Sekolah Rendah Tanjong Katong pada Jun 2015 bagi memperingati tujuh murid dan dua guru sekolah itu yang terkorban dalam gempa di Gunung Kinabalu. - Foto fail

Tragedi yang berlaku di Sabah, Malaysia, pada 5 Jun 2015, hingga meragut nyawa 10 warga Singapura, telah memberi kesan ketara terhadap masyarakat Singapura, terutamanya dalam bidang pendidikan di sini.

Pada hari tersebut, gempa sekuat 6.0 magnitud melanda negeri itu, berhampiran kawasan pendakian popular Gunung Kinabalu, sedang sekumpulan 29 murid Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) dan lapan guru menyertai program belajar sambil mengembara di luar darjah – TKPS Omega Challenge 2015.

Mangsa kejadian itu termasuk tujuh murid dan dua guru TKPS, dan seorang intruktor program pengembaraan.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Perdana Menteri Singapura ketika itu, Encik Lee Hsien Loong, mengisytiharkan 8 Jun sebagai Hari Peringatan Negara bagi mangsa tragedi tersebut.

View post on Instagram
 

Sebulan kemudian pula, Menteri Pendidikan ketika itu, Encik Heng Swee Keat, berkata di Parlimen bahawa ia akan menubuhkan sebuah panel penasihat dianggotai pakar dalam dan luar negara untuk meningkatkan mutu dan keselamatan program belajar sambil meneroka di luar.

Pada audit tahun itu juga, MOE meninjau cara mempertingkat langkah kecemasan bagi kejadian-kejadian tertentu seperti bencana alam.

Satu pasukan besar melibatkan kaunselor daripada Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga juga telah diaktifkan ke Sabah bagi membantu mereka yang terjejas akibat kejadian itu.

Sebuah dana bagi membantu keluarga mangsa dipanggil ‘Sabah Earthquake Fund’ (Dana Gempa Bumi Sabah), juga dibentuk bagi keluarga mangsa kejadian itu, beberapa hari selepas kejadian malang itu.

Dilaporkan pada Disember 2015 bahawa hampir $1 juta telah dikumpul daripada daya usaha tersebut.

Ia antara lain diperuntuk bagi menyokong keluarga dua guru TKPS yang terkorban serta seorang instruktor yang terkorban ketika bertugas membimbing murid di Gunung Kinabalu.

Sejumlah $100,000 juga diperuntuk bagi membantu malim gunung dan jurulatih pendakian di Sabah yang telah diagihkan kepada Tabung Bencana Gempa Bumi yang ditadbir oleh pihak Taman-Taman Sabah.

Selain bantuan itu, seramai 16 orang, terdiri daripada para guru, kakitangan, malim dan instruktor, yang telah mengiringi murid TKPS di gunung tersebut ketika bencana tersebut berlaku telah dianugerahkan Pingat Kepujian sempena Hari Kebangsaan 2015.

Ini termasuk lima individu yang meninggal dunia, terdiri daripada dua guru sekolah, seorang instruktor dan dua malim gunung dari Malaysia.

Baki 22 pelajar rombongan program pembelajaran itu pula menerima anugerah keberanian istimewa “Braveheart” daripada TKPS pada November 2015 atas keberanian dan sifat daya tahan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg