Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kesesakan dijangka semasa khidmat MRT Tanah Merah-Tampines digantung 7-10 Dis

Dec 4, 2024 | 5:29 PM
Khidmat MRT antara stesen Tanah Merah dan Tampines digantung empat hari bagi kerja landasan dijalankan menghubungkan Laluan Timur-Barat ke Depoh Bersepadu East Coast yang baru.
Khidmat MRT antara stesen Tanah Merah dan Tampines digantung empat hari bagi kerja landasan dijalankan menghubungkan Laluan Timur-Barat ke Depoh Bersepadu East Coast yang baru. - Foto ST

Penumpang yang terjejas oleh penggantungan perkhidmatan MRT antara Tanah Merah dengan Tampines dari 7 hingga 10 Disember diminta bersedia menghadapi kesesakan di stesen dan perhentian bas ulang-alik, serta perjalanan yang lebih lama, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT pada 4 Disember. 

Penutupan empat hari itu adalah untuk membolehkan kerja landasan bagi menyambungkan Laluan Timur-Barat (EWL) ke Depoh Bersepadu East Coast (ECID) dijalankan.

Perkhidmatan bas ulang-alik Shuttle 7 akan beroperasi antara stesen Tampines, Simei dengan Tanah Merah dengan kekerapan tiga hingga lima minit, dan sehingga 55 bas dua tingkat akan digunakan setiap hari.

Tambang untuk Shuttle 7 adalah sama seperti tambang perjalanan MRT di laluan tersebut, lapor The Straits Times.

Pengguna pengangkutan awam dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan mempertimbangkan laluan alternatif melalui Laluan Downtown (DTL) dan laluan MRT lain, untuk mengurangkan masa perjalanan.

Pengguna yang menuju ke dan dari Tampines dan Tanah Merah boleh bertukar ke DTL di stesen Tampines dan Expo.

Sekitar 100,000 penumpang dianggarkan akan terjejas oleh penangguhan perkhidmatan kereta api setiap hari, dengan masa perjalanan mereka dijangka bertambah 20 hingga 30 minit.

Bergantung pada keadaan trafik, bas ulang-alik akan mengambil sekitar 15 minit untuk perjalanan antara stesen Simei dengan Tanah Merah, dan 18 minit antara Simei dengan Tampines.

Penutupan antara Tanah Merah dengan Tampines juga akan menjejas seksyen bersebelahan di Laluan Timur-Barat (EWL).

Kereta api ulang-alik akan beroperasi setiap lima minit antara stesen Tampines dengan Pasir Ris, setiap lapan minit antara Tanah Merah dengan Expo, dan setiap 11 minit antara Expo dengan Lapangan Terbang Changi.

Mereka yang menuju ke Lapangan Terbang Changi juga boleh menaiki perkhidmatan bas 20 dari stesen Tampines atau Simei ke stesen Expo, dan menukar ke EWL menuju ke lapangan terbang.

LTA dan SMRT berkata bahawa pada waktu sibuk pagi dan petang pada 9 dan 10 Disember, untuk mengekalkan kekerapan, setiap kereta api menuju timur akan berhenti di stesen Paya Lebar. Kereta api yang lain akan meneruskan perjalanan ke semua stesen hingga Tanah Merah.

Penumpang juga boleh merujuk kepada panel paparan platform atau mengambil risalah mengenai pilihan perjalanan alternatif yang tersedia di semua stesen EWL, DTL, dan Laluan Utara-Selatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg