Kesihatan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NKF diterajui pengerusi baru mulai 15 Apr

Apr 15, 2025 | 4:25 PM
Encik Ang Hao Yao (kiri) mengambil alih daripada Encik Arthur Lang, yang telah berkhidmat hampir lima tahun sebagai pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).
Encik Ang Hao Yao (kiri) mengambil alih daripada Encik Arthur Lang, yang telah berkhidmat hampir lima tahun sebagai pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF). - Foto NKF

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) mengalu-alukan pengerusi baru pada 15 April.

Dalam satu kenyataan pada 15 April, NKF menyatakan Encik Ang Hao Yao akan mengambil alih daripada Encik Arthur Lang, yang telah berkhidmat hampir lima tahun dalam peranan itu.

Menurut The Straits Times (ST), Encik Ang, 52 tahun, menyertai lembaga pengarah NKF pada 2021 dan berkhidmat sebagai naib pengerusinya, serta pengerusi jawatankuasa tender dan kewangan.

Menurut NKF, Encik Ang adalah seorang veteran dalam sektor amal dan membawa pengalaman yang luas memimpin dan berkhidmat dalam pelbagai badan amal.

Beliau kini juga pengerusi Credit Counseling Singapura dan mantan pengerusi Sata CommHealth.

“Fokus kami tertumpu kepada mempercepatkan campur tangan awal, memperluaskan usaha pencegahan, dan memacu inovasi dalam rawatan.

“Dengan berbuat demikian, kami boleh meningkatkan keberhasilan pesakit dan mewujudkan sistem penjagaan kesihatan yang lebih mampan untuk Singapura,” kata Encik Ang.

Encik Lang, 53 tahun, akan berundur selepas 10 tahun memegang jawatan. Beliau menyertai NKF sebagai pengarah lembaga pada 2015, dan dilantik sebagai pengerusi pada November 2020.

Di bawah kepimpinannya, NKF mengembangkan rangkaian dialisisnya daripada 38 kepada 43 pusat, dan memperkenalkan inisiatif baru dalam penyelidikan dan pencegahan penyakit ginjal.

Encik Lang juga mempelopori integrasi pusat dialisis dengan kemudahan komuniti dan hospital seperti di Kelab Masyarakat Toa Payoh West, Hospital Masyarakat Yishun dan Hospital Masyarakat Sengkang.

“Sepanjang menjadi ahli lembaga pengarah dan seterusnya pengerusi, saya telah menyaksikan keghairahan pihak pengurusan, kakitangan, penjaga dan jururawat NKF yang berterusan dan saya amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada pasukan yang hebat ini,” ujarnya.

Beliau juga mengalu-alukan Encik Ang sebagai penggantinya, sambil berkata: “Saya yakin di bawah kepimpinannya, NKF akan terus menceburi bidang baru dalam menangani penyakit ginjal dan menyokong mereka yang memerlukan.”

NKF juga melabur $5.5 juta dalam penyelidikan dan inovasi yang bertujuan memajukan pengesanan dan intervensi awal, membangunkan terapi penggantian ginjal baru dan meningkatkan sokongan psikososial untuk pesakit dan penjaga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg