Kesihatan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perjuangan pesakit limfoma Hodgkin tahap tiga

Aug 14, 2023 | 5:30 AM
KESAN BENGKAK: Individu yang menghidap barah limfoma  mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan dan perut. Diserang demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, sakit perut dan sakit tulang.
KESAN BENGKAK: Individu yang menghidap barah limfoma mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan dan perut. Diserang demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, sakit perut dan sakit tulang. - Foto ISTOCKPHOTO

Lebih daripada empat bulan, Faizal (bukan nama sebenar) telah mengalami gejala yang mencemaskan seperti demam berpanjangan, keletihan, lesu, kehilangan selera makan, dan berat badan turun secara mendadak.

Pada peringkat awal, beliau mengabaikan gejala-gejala ini sebagai tanda-tanda penyakit biasa, sehingga beliau secara kebetulan berbual dengan rakan sekerja tentang limfoma.

Melalui pembacaannya, beliau mengetahui bahawa limfoma, yang lebih dikenali sebagai barah darah, bermula dari sel sistem imun yang dikenali sebagai ‘lymphocytes’. Keadaan ini berlaku apabila pertumbuhan sel ‘lymphocytes’ menjadi tidak terkawal dan berlebihan.

Limfoma melibatkan sel darah putih yang menyebar ke seluruh tubuh melalui cecair yang dikenali sebagai limfa, yang mengalir melalui saluran limfa dalam sistem imun

Selain gejala utama, individu yang menghidap limfoma juga mengalami pembengkakan nodus limfa di kawasan seperti leher, ketiak, dan perut. Gejala lain termasuk demam tanpa sebab yang jelas, kesakitan di dada, perut, dan tulang.

Faizal sendiri mengesan dua kelenjar di leher kirinya membengkak.

Pada fasa ini, penurunan berat badan yang mendadak juga dialaminya. Selepas ibu Faizal tahu ada sesuatu yang tidak kena, beliau membawa Faizal berjumpa doktor di mana beliau menjalani banyak X-ray, imbasan, dan ujian untuk mencuba dan melihat sama ada benjolan di lehernya adalah barah.

Akhirnya doktor mendapati beliau menghidap barah limfoma Hodgkin tahap tiga.

“Sebelum ini, memang ada rasa timbulan kecil, tapi saya sangkakan ia masalah biasa di bahagian urat atau otot.

“Tidak sangka doktor kata itu adalah barah limfoma dan memerlukan pembedahan segera kerana saiz kelenjar semakin membesar.

“Apabila saya mula-mula didiagnosis, saya melalui banyak pengalaman emosi yang berbeza termasuk marah, terkejut, penafian, bimbang, sedih, kejutan dan masih sukar untuk percaya.

“Sehingga hari ini, masih sukar untuk mempercayai saya disahkan menghidap barah pada usia 36 tahun, saya masih ingat dengan jelas bahawa ia mengambil masa beberapa hari untuk menerima kenyataan,” ujar Faizal.

Dalam keadaan normal, nodus limfa akan membengkak dan menjadi lembut apabila terdapat banyak mikroorganisma terperangkap di dalamnya. Ini menandakan adanya jangkitan. Apabila ‘lymphocytes’ tidak normal terkumpul dalam satu atau lebih nodus limfa atau tisu limfa, ini boleh menyebabkan pembentukan tumor seperti limpa atau tonsil.

Kelenjar sebesar 18 sentimeter sudah dibuang selepas menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 12 sesi dan selesai pada awal 2020, cerita Faizal.

Tumor ini tumbuh dan merebak ke kawasan tisu dan organ berdekatan, menghalang bekalan oksigen dan nutrien. Sekiranya sel-sel yang tidak normal ini merebak dari nodus limfa atau organ asal, ia boleh menjurus kepada barah yang lebih meluas.

Pengalaman melawan barah juga membuatkan Faizal lebih menghargai keluarga dan rakan-rakan.

Beliau berkongsi kisahnya kerana ingin memastikan golongan lain yang terjejas oleh limfoma mengetahui bahawa bantuan ada di luar sana.

“Saya harap ini dapat membantu atau memberi inspirasi kepada semua apabila didiagnosis dengan penyakit yang dahsyat ini,’‘ ujar Faizal lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg