Kestabilan dan ketelusan harga sewa kedai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kestabilan dan ketelusan harga sewa kedai

Mar 4, 2026 | 6:41 PM

Kestabilan dan ketelusan harga sewa kedai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang meneroka kesesuaian untuk mengumpul dan menerbitkan data sewa relevan yang lain bagi kedai kopi HDB, seperti sewa yang dikenakan oleh HDB untuk Kawasan Jamuan Di Luar Bangunan (ORA).
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang meneroka kesesuaian untuk mengumpul dan menerbitkan data sewa relevan yang lain bagi kedai kopi HDB, seperti sewa yang dikenakan oleh HDB untuk Kawasan Jamuan Di Luar Bangunan (ORA). - Foto fail

Bagi menggalakkan bidaan yang berhati-hati, pembida yang berjaya bagi semua tender kedai baharu mulai Januari 2026 perlu mengekalkan harga sewa yang ditawarkan untuk dua tempoh sewa – enam tahun secara keseluruhan – berbanding satu tempoh sewa (tiga tahun) sebelum ini.

Untuk penyewa kedai HDB yang berdepan kesulitan kewangan, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan bekerjasama bagi menyediakan sokongan bersasar yang wajar, memastikan penduduk terus menikmati akses kepada barangan dan perkhidmatan berpatutan di kejiranan mereka.

HDB juga sedang meninjau kesesuaian untuk mengumpul dan menerbitkan data sewa lain yang berkaitan bagi kedai kopi HDB, seperti sewa Kawasan Jamuan Di Luar Bangunan (ORA) yang dikenakan oleh HDB.

Pelaburan $60j dalam Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Sains Marin baru

Pusat ini, yang disokong oleh dana Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) 2030, akan didirikan di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Ia bakal menyatukan pakar pelbagai bidang untuk membina keupayaan dan bakat tempatan.

Pusat itu juga akan bekerjasama dengan institusi utama seperti Makmal Marin Nasional Pulau St John dan rakan kongsi dalam kalangan masyarakat marin.

Lembaga Taman Negara (NParks) kini giat membangunkan pusat ini bersama NUS dan butiran penuh akan dikongsi menjelang akhir 2026.

Taman marin kedua di Selatan Lazarus, Terumbu Kusu

Taman marin kedua di selatan Lazarus dan Terumbu Kusu akan diumumkan secara rasmi pada 2026, membuka ruang lebih luas untuk riadah, pemuliharaan, penyelidikan, dan pendidikan.

Tingkat keselamatan lif dan eskalator usang

Kementerian Pembangunan Negara (MND) sedang mengkaji cara memastikan lif dan eskalator yang semakin berusia kekal selamat, seiring dengan piawaian moden. Ia termasuk mempertimbangkan ciri kawalan kelajuan dan pergerakan.

Pemilik dan pengusaha bangunan swasta yang layak mungkin turut ditawarkan sokongan pembiayaan bersama bagi pemasangan ciri keselamatan utama terpilih.

Butiran lanjut mengenai daya usaha itu akan dikongsi kelak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg