Ketegangan AS-Iran: SIA, Scoot elak ruang udara Iraq, Laut Merah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketegangan AS-Iran: SIA, Scoot elak ruang udara Iraq, Laut Merah

Jan 25, 2026 | 6:36 PM

Ketegangan AS-Iran: SIA, Scoot elak ruang udara Iraq, Laut Merah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, SIA, Scoot, Iran, United States, Amerika Syarikat, tension, airspace
Singapore Airlines (SIA) dan Scoot tidak terbang di ruang udara Iran dan menekankan bahawa keutamaan mereka adalah keselamatan penumpang dan kakitangan mereka. - Foto BT

Pesawat Singapore Airlines (SIA) dan Scoot mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelak ruang udara Iraq dan Laut Merah susulan ketegangan yang memuncak antara Amerika Syarikat dan Iran.

Jurucakap SIA Group berkata langkah itu bagaimanapun tidak memberi kesan ketara terhadap operasi penerbangan mereka.

Dalam kenyataan pada 24 Januari, jurucakap itu menegaskan bahawa keutamaan syarikat adalah keselamatan penumpang dan kakitangan.

“SIA Group akan terus memantau dengan teliti situasi di Timur Tengah, dan akan menyesuaikan laluan penerbangan kami mengikut keperluan,” katanya.

Penerbangan ke dan melalui beberapa negara di Timur Tengah terjejas oleh ketegangan antara Amerika dan Iran, yang mungkin melibatkan Teluk Parsi.

Pada 23 Januari lalu, Air France dan syarikat penerbangan Belanda, KLM, menghentikan penerbangan ke beberapa destinasi di rantau ini, termasuk Dubai, Riyadh, Dammam di Arab Saudi, dan Tel Aviv.

Air France kemudiannya menyambung semula perkhidmatan Dubai pada 24 Januari, tetapi berkata ia sedang “memantau perkembangan” di rantau itu untuk memastikan tahap keselamatan penerbangan tertinggi.

Minggu lalu, Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) juga menasihati syarikat penerbangan untuk mengelakkan ruang udara Iran. 

Ini berlaku selepas ancaman serangan Amerika yang telah menyebabkan republik Islam itu berjaga-jaga.

“SIA (Singapore Airlines) Group akan terus memantau dengan teliti situasi di Timur Tengah, dan akan menyesuaikan laluan penerbangan kami mengikut keperluan.”
Jurucakap Singapore Airlines (SIA) Group dalam satu kenyataan.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg