Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ketua CAAS Han Kok Juan dilantik sebagai Pegawai Pilihan Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua CAAS Han Kok Juan dilantik sebagai Pegawai Pilihan Raya

Mar 28, 2024 | 02:55 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah melantik Ketua Pengarah, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Encik Han Kok Juan, sebagai Pegawai Pilihan Raya.

Encik Han akan memulakan tanggungjawab itu pada 1 April 2024.

Beliau menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Encik Tan Meng Dui, yang memegang jawatan itu sejak Februari 2018.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) mengumumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan media pada 28 Mac.

Pegawai Pilihan Raya adalah pegawai awam yang dilantik Perdana Menteri untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan lancar dan tidak berat sebelah.


Beliau juga bertanggungjawab mengumumkan keputusan pilihan raya.

Pilihan raya umum (GE) seterusnya Singapura mesti diadakan selewat-lewatnya pada November 2025.

Pada November 2023, semasa majlis Anugerah dan Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) 2023, Encik Lee memberi gambaran mengenai GE akan datang.

Encik Lee berkata beliau akan menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, sebelum GE seterusnya.

Meskipun tidak memberi tarikh khusus bagi peralihan itu, Encik Lee berkata ketika itu:

“Jika semua berjalan lancar, saya akan menyerahkan kuasa menjelang ulang tahun ke-70 PAP tahun depan (2024).”

Parti pemerintah PAP diasaskan pada 21 November 1954.

Ini bermakna, Encik Wong bakal memimpin PAP dalam GE seterusnya.

Dalam pada itu, dalam kenyataan bertarikh 6 Mac 2024, ELD menyatakan sekitar 50,000 pegawai awam dijangka dilantik dan dilatih untuk menguruskan kegiatan penamaan calon pilihan raya, pengundian dan pengiraan undi menjelang GE seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >