Ketua Staf Angkatan Udara dan Angkasa Lepas Perancis terima anugerah berprestij S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua Staf Angkatan Udara dan Angkasa Lepas Perancis terima anugerah berprestij S’pura

Jul 8, 2024 | 6:45 PM

Ketua Staf Angkatan Udara dan Angkasa Lepas Perancis terima anugerah berprestij S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ketua Staf Angkatan Udara dan Angkasa Lepas Perancis (FASF), Jeneral Stephane Mille (dua dari kiri), memeriksa kawalan kehormatan dalam istiadat yang diadakan di Kementerian Pertahanan pada 8 Julai. Jeneral Mille berada di Singapura untuk menghadiri acara penganugerahan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) dan kunjungan perkenalan dari 7 hingga 9 Julai.
Ketua Staf Angkatan Udara dan Angkasa Lepas Perancis (FASF), Jeneral Stephane Mille (dua dari kiri), memeriksa kawalan kehormatan dalam istiadat yang diadakan di Kementerian Pertahanan pada 8 Julai. Jeneral Mille berada di Singapura untuk menghadiri acara penganugerahan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) dan kunjungan perkenalan dari 7 hingga 9 Julai. - Foto MINDEF

Ketua Staf Angkatan Udara dan Angkasa Lepas Perancis (FASF), Jeneral Stephane Mille, telah dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menyampaikan pingat itu kepada Jeneral Mille di majlis penganugerahan yang diadakan di ibu pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 8 Julai.

Dalam satu kenyataan media pada 8 Julai, Mindef menyatakan anugerah berprestij itu dianugerahkan kepada Jeneral Mille sebagai mengiktiraf sumbangan besarnya dalam memperkukuh hubungan pertahanan dua hala antara FASF dengan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

Di bawah kepimpinan Jeneral Mille, RSAF dan FASF telah meluaskan dan mempertingkatkan hubungan dua hala, termasuk kerjasama pada platform biasa yang dikendali oleh kedua-dua angkatan udara – seperti helikopter H225, sistem Pertahanan Udara Di Darat iaitu Aster 30 dan pertukaran profesional.

Sokongan beliau terhadap detasmen Latihan Jet Lanjutan di Pangkalan Udara Cazaux juga penting bagi pasukan anak kapal RSAF dan merupakan asas kepada hubungan pertahanan dua hala antara kedua-dua angkatan udara.

Beliau berkata: “Saya amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini daripada rakan kongsi yang dihargai dan rakan kongsi strategik.

“Saya terima anugerah ini bagi pihak seluruh anggota FASF yang telah bertungkus lumus mengukuhkan hubungan antara kedua-dua angkatan udara kita.”

Mindef menambah, Jeneral Mille berada di Singapura untuk menghadiri acara penganugerahan pingatnya dan kunjungan perkenalan dari 7 hingga 9 Julai.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Dr Ng; Panglima Pasukan Pertahanan, Laksamana Madya (VADM) Aaron Beng; dan Panglima Angkatan Udara, Brigedier-Jeneral (BG) Kelvin Fan; serta memeriksa kawalan kehormatan yang diadakan di Mindef, kata Mindef.

Awal dari itu pada Februari 2012, Ketua Staf Angkatan Udara Perancis (FAF), Jeneral Jean-Paul Palomeros, dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) oleh Dr Ng.

Dalam satu kenyataan media pada 13 Februari 2012, Jeneral Palomeros dianugerahkan pingat itu sebagai mengiktiraf komitmen dan usaha beliau dalam memupuk jalinan pertahanan kukuh antara FAF dan RSAF.

Kenyataan itu menambah Jeneral Palomeros memainkan peranan penting dalam lanjutan Perjanjian Kerjasama Pertahanan dan Status Angkatan antara Perancis dengan Singapura.

Di bawah kepimpinan Jeneral Palomeros, FAF dan RSAF terus meneroka kerjasama yang lebih erat, seperti yang ditunjukkan oleh penyertaan sulung RSAF dalam Latihan Garuda 2010, jelas Mindef, yang telah “mengukuhkan profesionalisme dan persahabatan bersama antara kakitangan kedua-dua Angkatan Udara”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg