Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat 5G Singtel pulih lepas masalah teknikal

Nov 7, 2023 | 8:14 PM
MASALAH TEKNIKAL: Singtel telah memulihkan khidmat 5G, beberapa jam selepas ratusan pengguna melaporkan masalah teknikal di telefon bimbit mereka.
MASALAH TEKNIKAL: Singtel telah memulihkan khidmat 5G, beberapa jam selepas ratusan pengguna melaporkan masalah teknikal di telefon bimbit mereka. - Foto ST

Syarikat telekomunikasi Singtel telah memulihkan khidmat 5G, hampir empat jam selepas ratusan pengguna melaporkan masalah teknikal di telefon bimbit mereka, pada pagi Selasa.

Dalam satu hantaran Facebook sekitar 1.30 petang, Singtel menyatakan: “Akses kepada khidmat data telefon bimbit yang terputus-putus bagi pelanggan 5G telah dipulihkan sepenuhnya. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi, dan terima kasih atas kesabaran anda.”

Jurucakap Singtel berkata jurutera Singtel telah menyelesaikan aktiviti penyenggaraan berjadual bagi rangkaiannya pada awal pagi Selasa, lapor The Straits Times.

Beliau menambah bahawa beberapa jam kemudian, sebilangan kecil pelanggan 5G mula mengalami akses “sekejap ada, sekejap tidak ada” kepada perkhidmatan data telefon bimbit mereka.

“Bagaimanapun, tidak ada gangguan kepada perkhidmatan data telefon bimbit kerana rangkaian 4G kami berfungsi seperti biasa, dan pelanggan yang terjejas dialihkan secara automatik kepada (rangkaian) 4G,” jelas jurucakap itu.

Hanya segelintir pelanggan dinasihatkan agar menghentikan dan mengaktifkan semula telefon bimbit mereka untuk mengakses 4G, tambahnya.

Perkhidmatan dipulihkan sepenuhnya pada 12.30 tengah hari, ujarnya lagi.

Pengguna mula melaporkan masalah mengguna khidmat Singtel itu ke laman web Downdetector yang menjejaki gangguan pada sekitar 9 pagi. Jumlah laporan mencecah hampir 400 sekitar 10.20 pagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg