Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semua khidmat OCBC pulih setelah ‘isu rangkaian’ Isnin pagi ditangani

Aug 28, 2023 | 5:24 PM
ALAMI MASALAH TEKNIKAL: Khidmat perbankan mudah alih dan dalam talian OCBC tidak dapat digunakan pada Isnin pagi disebabkan “masalah teknikal”.
ALAMI MASALAH TEKNIKAL: Khidmat perbankan mudah alih dan dalam talian OCBC tidak dapat digunakan pada Isnin pagi disebabkan “masalah teknikal”. - Foto REUTERS

Semua perkhidmatan Bank OCBC telah dipulihkan berikutan ‘isu rangkaian’ yang menyebabkan perkhidmatannya terputus pada Isnin pagi.

Awal sebelum itu, bank tersebut dalam pos di Facebook, mengatakan bahawa perbankan mudah alih dan dalam taliannya, PayNow, ATM, Velocity – wadah perbankan perniagaan digital bank itu – dan kadnya tidak berfungsi kerana “masalah teknikal”.

Ia menambah bahawa pelanggan boleh mengunjungi cawangan OCBC bagi urus niaga mendesak.

Hantaran Facebook tersebut kemudian dikemas kini sekitar 12.25 tengah hari.

OCBC mengatakan pada ketika itu:

“Kami telah memulihkan semua perkhidmatan perbankan kami... kami berterima kasih kepada pelanggan kami atas kesabaran dan pemahaman mereka. Kami ingin memberi jaminan kepada mereka bahawa wang mereka kekal selamat dan data pelanggan terjamin sepanjang masa.

“Kami sedang menyiasat punca masalah teknikal itu dan akan memberi kemas kini secepat mungkin.”

The Straits Times melaporkan bahawa OCBC berkata gangguan itu bermula sekitar 8.30 pagi, dan bank itu “bersedia untuk menggunakan sumber tambahan di cawangan dan melanjutkan waktu perbankan cawangan untuk menyokong pelanggan kami”.

Warganet melaporkan berdepan dengan masalah seawal 9.30 pagi termasuk untuk membayar bil dan membayar bagi pengangkutan awam.

Bank itu kemudian mengatakan dalam dua kemas kini di Facebook pada sekitar 10.30 pagi dan 10.40 pagi bahawa khidmat kad dan cawangan, serta khidmat ATM, telah dipulihkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg