Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat perbankan Internet OCBC pulih lepas terputus pada tengah hari

Nov 7, 2023 | 7:14 PM
KHIDMAT TERPUTUS: Khidmat pemindahan wang di aplikasi perbankan Internet OCBC pulih selepas terputus sekitar dua setengah jam.
KHIDMAT TERPUTUS: Khidmat pemindahan wang di aplikasi perbankan Internet OCBC pulih selepas terputus sekitar dua setengah jam. - Foto ST

Khidmat pemindahan wang di aplikasi digital dan perbankan Internet OCBC Bank pulih sekitar 2.30 petang pada Selasa, selepas terputus sekitar dua jam 30 minit.

Dalam satu catatan Facebook pada 2.45 petang, bank itu menyatakan: “Khidmat Perbankan Internet, Pemindahan Dana Aplikasi Digital OCBC dan PayNow kami telah disambung semula. Terima kasih atas kesabaran anda semasa gangguan ini. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.”

Sekitar lewat pagi hingga awal tengah hari, sesetengah pengguna aplikasi bank itu mengalami masalah teknikal ketika cuba membuat pemindahan wang melalui PayNow, lapor The Straits Times (ST).

Pengguna aplikasi bank itu turut menerima notis daripada OCBC yang memaklumkan masalah teknikal yang dihadapi. Ia turut menyatakan bahawa bank itu sedang berusaha memulihkan khidmatnya “secepat mungkin”.

OCBC menyarankan pelanggan yang perlu membuat pemindahan wang dengan segera agar mengguna kaedah pembayaran lain, seperti kad kredit atau NETS.

Pelanggan OCBC, Cik Wani Nasir, 32 tahun, berkata beliau tidak dapat menggunakan khidmat PayNow di aplikasi bank itu sekitar 11 pagi dan menghubungi pusat panggilan OCBC untuk mendapatkan bantuan.

Namun, beliau dimaklumkan khidmat bank itu “baik” dan dinasihatkan supaya menghentikan dan mengaktifkan semula aplikasi itu.

Namun, masalah teknikalnya masih berterusan, katanya, seperti dilapor ST.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg