Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kit ujian air liur CNB kesan dadah dalam 10 minit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit ujian air liur CNB kesan dadah dalam 10 minit

Jan 08, 2024 | 08:16 PM



Biro Narkotik Pusat (CNB) kini memanfaatkan sejenis kit ujian air liur mudah alih dalam usaha melicinkan operasi antidadah.

Ini disaksikan Berita Harian (BH) yang menyertai CNB semasa ia melakukan satu serbuan ke atas sebuah kelab malam karaoke (KTV) di rumah kedai dua tingkat di Geylang pada 5 Januari lalu.







Kit sekecil jari telunjuk orang dewasa itu, yang diperkenal CNB pada Januari 2023, antara lain berupaya mengemukakan hasil ujian dalam tempoh 10 minit dengan subjek sendiri melakukan calitan di mulut di bawah penyeliaan petugas antidadah.

Wartawan dan juruvideo BH berpeluang memantau operasi tersebut dan tiba di KTV itu sekitar 11.45 malam.

Lokasi sebenar tidak boleh didedahkan.

Selepas memasuki premis yang diselaputi pelekat gelap pada dinding luar dan pintunya, kelihatan pesta di dalam KTV itu sudah pun dihentikan.







Terdapat sekitar 60 orang – apabila dikira wartawan – di lantai pertama rumah kedai itu.

Ia dilengkapi bar bagi penyediaan minuman, beberapa meja dan kerusi tinggi serta sebuah skrin besar bagi tujuan karaoke dan muzik.

Suasana ruang itu agak rimas, dipenuhi orang serta bau arak dan asap rokok.

Mereka yang berada di situ, terdiri daripada pelanggan, kakitangan dan pelayan KTV, serta anggota dan pegawai polis dan CNB berpakaian preman yang mengawal keadaan.

Ada pelanggan kelihatan keliru terhadap apa yang sedang berlaku, sementara beberapa kumpulan pelanggan lain meneruskan kegiatan masing-masing bersembang, menikmati minuman dan merokok.

Terdapat lebih banyak aksi di aras dua.

Ia juga dilengkapi sebuah bar, dua koridor sempit dan sekitar 10 bilik karaoke peribadi.

Pihak CNB telah menjadikan salah satu bilik itu sebagai ruang pengesanan dadah ke atas beberapa pelanggan dengan menggunakan kit air liur tersebut.

Satu lagi bilik di sebelah bilik pertama itu kelihatan dipenuhi 18 wanita – dipercayai adalah pelayan KTV – yang duduk di sofa. Mereka sedang diperiksa anggota polis wanita dan CNB.

Di bilik pertama yang memaparkan bilik nombor 11 di pintunya, pegawai CNB memeriksa tiga pelanggan lelaki dewasa.

Mereka disuruh mendedahkan identiti dan kemudian diberi kit ujian air liur untuk melakukan calitan dalam mulut.







Ada beberapa lagi lelaki disuruh beratur di luar bilik untuk menunggu giliran.

Salah seorang lelaki, berpakaian hitam, bertatu dan bertindik kedengaran berkata: “Saya terkejut ini berlaku.”

Beliau kemudian diberi satu kit ujian air liur dan kemudian melakukan calitan di bawah penyeliaan seorang pegawai.

Beberapa minit kemudian, kesemua lelaki yang diperiksa dibenarkan beredar setelah dipercayai menerima keputusan negatif.

Kesemuanya berlaku secara teratur dan tertib, tanpa sebarang bantahan daripada pelanggan.

Sementara itu, di bilik kedua, satu per satu wanita disuruh keluar dan mengeluarkan segala benda di dalam beg tangan dan dompet masing-masing untuk diperiksa pegawai termasuk butiran identiti seperti pasport, wang dan barang peribadi.

Ada di antara mereka menolak permintaan pegawai untuk keluar kerana perlu berbincang dahulu. Namun akhirnya mereka mematuhi arahan.







Sementara pegawai sibuk melaksanakan pemeriksaan di kedua-dua bilik itu, wartawan meneroka suasana bilik karaoke lain.

Kelihatan sesi karaoke mereka tidak terganggu. Pelanggan terus bernyanyi dan bergembira, namun ada kalanya meninggalkan bilik masing-masing untuk memantau keadaan.

Pihak media kemudian pulang dari tempat kejadian pada 12.50 tengah malam 6 Januari, sekitar satu jam dari masa ketibaan.

Dilaporkan terdahulu, kit ujian air liur itu diperkenal pada Januari 2023 dan telah digunakan di pusat pemeriksaan imigresen serta operasi sekat jalan.







Sebelum ini, pegawai CNB perlu melakukan penilaian sendiri terhadap subjek tertentu sebelum diminta menjalani pemeriksaan lanjut di balai.

Tetapi dengan kit itu, ia kecil, mudah alih, tidak invasif dan berupaya menghasilkan keputusan pantas purata 10 minit.

Lantas, ia membolehkan CNB membuat penilaian lebih baik dan membuat pemeriksaan kepada lebih ramai orang dalam masa suntuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >