Sempena Pilihan Raya Presiden yang bakal menjelang tidak lama lagi, Berita Harian duduk bersama calon Presiden Encik Ng Kok Song untuk mengenali dan memahami lebih mendalam tentang dorongan di sebalik hasratnya untuk bertanding. Segar diingatan beliau tentang rusuhan kaum yang telah melanda Singapura pada 1964, beliau berkongsi mengapa jawatan Presiden sebagai seorang yang menyatukan rakyat itu penting bagi memperkukuhkan perpaduan dan menggalak persefahaman antara berbilang kaum di Singapura. Beliau juga turut berkongsi kebanggaannya terhadap pencapaian masyarakat Melayu yang ketara. Encik Ng berharap lebih banyak dapat dilakukan untuk mempercepatkan kemajuan masyarakat Melayu meskipun masyarakat Melayu telah mencapai kemajuan yang ketara, Encik Ng berasa lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk membantu masyarakat Melayu maju dengan lebih pantas, seiring dengan tahap kemajuan yang dicapai oleh masyarakat lain.
Calon presiden Encik Ng Kok Song berusia 17 tahun ketika rusuhan kaum tercetus pada1964. Mengimbau pengalaman yang ngeri itu, Encik Ng berkata suasana Singapura pada ketika itu amat membimbangkan dengan berita kumpulan Cina dan Melayu yang bertelagah antara satu dengan lain.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg