Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kolam dengan bangkai ikan di Yishun dibersih ekoran aduan bau busuk

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kolam dengan bangkai ikan di Yishun dibersih ekoran aduan bau busuk

Feb 07, 2024 | 08:27 PM



Sebuah kolam pancing ikan yang tidak lagi digunakan di Yishun telah dibersihkan selepas penduduk dan penumpang pengangkutan awam membuat aduan terhadap bau busuk yang berpunca daripada ratusan bangkai ikan yang terbiar di kolam tersebut.

Ramai pengguna pengangkutan awam berkata mereka mendapati banyak ikan terapung di kolam yang surut di 81 Lorong Chencharu seawal minggu lalu.

Tinjauan The Straits Times (ST) di tempat kejadian pada 5 Februari mendapati bau bangkai itu merebak sehingga ke sebuah perhentian bas terletak sekitar 20 meter dari kolam ikan berkenaan yang dahulu digunakan bagi kegiatan memancing.


Apabila wartawan melawati tempat berkenaan lagi pada 6 Februari, kesemua bangkai ikan telah dibersihkan dan air di kolam berkenaan telah ditambah.

Namun, bau bangkai itu masih ada dan boleh terhidu di perhentian bas.

Lebih 20 beg sampah hitam, dipercayai mengandungi bangkai ikan, dilihat di sebelah kolam tersebut.

Akhbar Lianhe Zaobao melaporkan ia mendapati ratusan bangkai ikan dalam kolam itu apabila wartawan berkunjung ke tempat kejadian. Ini termasuk ikan yang masih hidup kelihatan tercungap-cungap dengan siripnya bergoyang di permukaan air.


Seorang penduduk, Cik Siti, 40 tahun, yang sering menaiki kereta api ke tempat kerjanya, berkata kepada ST beliau masih boleh melihat bangkai ikan di dalam kolam itu pada 5 Februari dari jendela MRT.

“Ia pemandangan yang sangat menyedihkan. Saya cuma boleh bayangkan ikan-ikan dalam kolam itu bergelut untuk bernafas. Sangat menyeksakan,” katanya.

Seorang penduduk lelaki di Yishun, 25 tahun, memberitahu Zaobao beliau melihat seseorang sedang membersihkan tempat itu semasa berjalan di Yishun Avenue 2 pada 5 Februari.


Tempat itu merupakan bekas tapak kolam memancing yang dikendali syarikat Fishing Paradise dan yang dahulu dikenali sebagai taman riadah Orto.

Sejak Jun 2023, Orto telah berpindah ke kawasan barat Singapura selepas tempoh sewanya tamat.

Taman rekreasi seluas 5.15 hektar itu terletak di plot tanah seluas 70 hektar yang dikelilingi Kem Khatib, Sembawang Road, Yishun Avenue 1 dan Yishun Avenue 2, yang telah diperuntuk bagi pembangunan perumahan.

Zaobao melaporkan seorang bekas kakitangan Fishing Paradise, yang enggan mendedahkan identitinya, berkata kolam memancing itu dilengkapkan dengan peralatan pam dan penapis air.


Menurut ST, Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) mengesahkan ia menerima laporan berkait ikan yang mati di tempat kejadian daripada orang ramai pada 4 Februari.

Acres berkata ia telah memeriksa tempat tersebut dan melaporkan hal itu kepada polis, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >