Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Komposer Zubir Abdullah, Syafiqah ‘Adha diiktiraf bagi jasa kepada warisan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Komposer Zubir Abdullah, Syafiqah ‘Adha diiktiraf bagi jasa kepada warisan

Jan 20, 2024 | 07:37 PM



Dua individu yang cemerlang dalam bidang seni dan muzik tradisional Melayu diberikan penghormatan tinggi oleh Yayasan Warisan Melayu (MHF) semasa acara tahunan Hari Warisan yang diadakan di Wisma Geylang Serai pada 20 Januari.

Artis, komposer, penerbit dan duta seni setempat, Encik Zubir Abdullah, 59 tahun, disampaikan anugerah Hadiah Warisan manakala pemuzik dan komposer Melayu setempat, Cik Syafiqah ‘Adha Sallehin, 34 tahun, menerima anugerah Tunas Warisan.

Menyampaikan anugerah tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang hadir di acara tersebut selaku tetamu terhormat.

Dalam ucapannya, Encik Tong menarik perhatian bahawa masyarakat Melayu di sini telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Singapura sejak dahulu.

“Nilai-nilai yang dipamerkan masyarakat Melayu seperti semangat gotong-royong meninggalkan kesan yang besar pada fabrik sosial kita.

“Budaya dan warisan Melayu adalah bahagian penting dalam budaya dan warisan bersama kita dan adalah penting bagi identiti nasional kita sebagai rakyat Singapura,” ujarnya.

Hadiah Warisan bertujuan mengiktiraf kecemerlangan seni pengamal atau penggiat seni serta sumbangan dan komitmen mereka untuk memperkaya amalan, wacana dan kepimpinan pemikiran bagi sektor kesenian dan warisan Melayu.

Anugerah Tunas Warisan pula diberikan kepada pengamal seni muda atau aktivis di bawah 35 tahun, di mana pencapaian dan komitmen seni mereka telah membezakan diri mereka daripada rakan sebaya dan menunjukkan potensi untuk menjadi generasi peneraju budaya bagi sektor kesenian dan warisan Melayu.

Bercakap dengan Berita Minggu (BM), penerima anugerah Hadiah Warisan yang lebih dikenali sebagai Pak Zubir berkata:


“Pelestarian seni bahasa, budaya dan sejarah adalah usaha semua pihak dan anugerah ini adalah satu usaha yang mengiktiraf seni dan seniman pada era ini.”

Semasa majlis itu, Encik Tong turut menyampaikan sijil pelantikan kepada tiga Teman Warisan baru, yang merupakan belia yang aktif dalam bidang budaya dan warisan, dan dipilih kerana daya kepimpinan mereka serta potensi untuk menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk memperjuang warisan budaya.

“Kita semua tahu bahawa belia akan mewakili generasi akan datang. Jika kita mendekati, melibatkan dan memperkasa mereka, saya fikir ini adalah peluang terbaik untuk memastikan sebanyak mungkin budaya kita dapat diteruskan bagi generasi akan datang.


“Mereka boleh menyumbang dengan ketara kepada pemeliharaan dan penggalakan budaya,” kata Encik Tong.


Antara belia yang dilantik sebagai Teman Warisan ialah penari balet dan penghibur tradisional Asia, Tyara Chynta Puteri, 13 tahun, yang merupakan Teman Warisan termuda yang dilantik setakat ini.

Penerima lain yang dilantik termasuk penyanyi setempat, Cik Sarah Syazlina Mohammed Darni, 18 tahun, dan penolong kurator Taman Warisan Melayu, Encik Zinnurain Nasir, 32 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >