Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kongsi kedai kopi, makanan harga murah bantu tangani kos sara hidup

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi kedai kopi, makanan harga murah bantu tangani kos sara hidup

Jan 16, 2024 | 08:01 PM



Orang ramai kini boleh saling berkongsi lokasi atau kedai makan di kedai kopi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serata negara yang menawarkan makanan pada harga rendah menerusi satu daya usaha yang dipanggil ‘Buru Makanan Bajet Yang Hebat’.

Menerusi inisiatif yang diperkenalkan hasil kerjasama antara HDB dan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dan dilancarkan pada 16 Januari itu, ia menyenaraikan senarai makanan berharga $3.50 atau lebih rendah.

Orang ramai digalak mengemukakan cadangan mereka di laman sesawang CrowdTaskSG (www.crowdtask.gov.sg) bagi memudahkan sesiapa sahaja mengongsi penemuan mereka, sekaligus membantu meringankan bebanan rakyat dalam menangani kos kehidupan yang meningkat.

Maklumat yang disalurkan itu kemudian akan dikongsi secara beransur-ansur di laman BudgetMealGoWhere yang menyediakan senarai kedai kopi HDB di seluruh Singapura yang menawarkan pilihan makanan pada harga dimampui, bermula dengan tempat terdekat mengikut poskod atau alamat yang disertakan oleh pengguna.


Hidangan makanan termasuk pilihan makan tengah hari atau makan malam yang biasanya berharga $3.50 dan ke bawah serta minuman berharga $1.20 dan ke bawah.

“Sejak pelancaran awalnya pada akhir Oktober 2023, orang ramai telah mengetengahkan lebih 1,600 cadangan hidangan bajet dan mengesahkan lebih 2,500 hidangan bajet di sekitar 310 kedai kopi di seluruh pulau melalui portal CrowdTaskSG.

“Mulai hari ini (16 Januari), cadangan yang dikemukakan oleh orang ramai akan disenaraikan secara beransur-ansur di laman sesawang BudgetMealGoWhere, bermula dengan lebih 240 pilihan makanan dan minuman berharga rendah yang tersedia di 130 kedai kopi,” kata HDB.


Dilancarkan pada 19 Mei 2023, laman BudgetMealGoWhere mempunyai lebih 300,000 pelawat sejak dilancarkan.


Warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) berusia 18 tahun ke atas dengan akaun Singpass bukan sahaja boleh berkongsi maklumat tentang hidangan makanan dengan harga bajet, malah boleh mengetahui statistik terkini pada laman Great Budget Meal Hunt Info-bites (Maklumat Ringkas Buru Makanan Bajet Yang Hebat) yang tersedia di gerbang itu.


Ini termasuk akses setiap jam mengenai pelbagai maklumat di setiap wilayah di seluruh pulau serta perkongsian terbaru oleh orang ramai.

Dalam memastikan penduduk mendapat akses kepada pilihan makanan bermasak yang berpatutan, HDB juga menyediakan bekalan kedai kopi yang baik di setiap kawasan dan estet HDB.

“Sejak lima tahun lalu, HDB telah menyediakan 31 kedai kopi baru termasuk lima kedai kopi yang siap disediakan di empat bandar tahun lepas.

“Sebanyak 21 lagi kedai kopi dijangka siap dalam tempoh lima tahun akan datang, seiring dengan penyiapan pembangunan BTO baru untuk memenuhi keperluan penduduk,” kata HDB.

Menurut HDB lagi, sepanjang lima tahun lalu – dari 2018 hingga 2023, 97 peratus kedai kopi HDB tidak mengalami kenaikan sewa. Bagi kedai kopi sewa HDB yang dipajakkan menerusi tender PQM sejak 2018 pula, kadar sewa untuk bidaan PQM yang berjaya juga rata-rata adalah lebih rendah – purata 27 peratus – berbanding di bawah sistem bidaan elektronik sebelum ini.

Bagi kedai kopi sewa HDB lainnya, agensi itu menawarkan potongan sewa 5 peratus berdasarkan penilaian pasaran bagi tempoh setahun dari masa tempoh penyewaan diperbaharui, tetapi bergantung kepada pengesahan makanan dan minuman bajet dilaksanakan.

Pengusaha kedai kopi lain di estet HDB dialu-alukan untuk mengambil bahagian secara sukarela dalam usaha menyenaraikan hidangan bajet di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >