Mengingati kejadian rusuhan yang berlaku di Singapura
Mengingati kejadian rusuhan yang berlaku di Singapura - Ministry of Information and The Arts Collection, courtesy of National Archives of Singapore

Pernahkah anda menghadiri majlis perkahwinan dahulu kala ketika banjir melanda di Singapura?

Bagaimanakah moyang anda berhijrah dari negara jiran ke Singapura?

Masihkah anda ingat ketika rusuhan berlaku?

Kisah-kisah ini yang anda lalui sewaktu kecil dahulu merupakan satu pengalaman yang boleh dikongsi dalam acara ‘Projek Warganegara - Sejuta Yang Terawal’.

Ia akan diadakan pada Sabtu, 26 September di auditorium Taman Warisan Melayu (MHC) dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Diadakan khusus buat warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, acara ini membolehkan anda berkongsi kisah menarik anda sewaktu zaman dahulu kala sewaktu pembangunan negara.

Kisah anda akan dirakam dalam acara itu dan foto anda juga akan diambil.

Anda akan melakukan beberapa aktiviti seperti menulis kisah menarik anda.

Kisah anda mungkin akan diabadikan dalam Tugu Pengasas (Founders’ Memorial).

Selain itu, anda dapat mendengar kisah Haji Alwi Jofrie, cucu Allahyarham saudagar Haji Yusoff ‘Tali Pinggang’ yang dilahirkan di Gedung Kuning.

Haji Alwi akan mengongsi kisahnya dan juga datuknya yang terkenal sebagai usahawan kaya yang berniaga tali pinggang hijau yang kerap digunakan oleh jemaah lelaki semasa menjalankan umrah atau haji.

Anda juga berpeluang menikmati dendangan lagu oleh penyanyi veteran, Rahimah Rahim.

Penyertaan percuma! Peserta yang hadir akan diberi baucar pasar raya secara percuma!

Selepas acara, bento makanan dari Restoran Hjh Maimunah akan juga diberikan.

Untuk sertai acara ini, klik di sini: bh.sg/fm26 atau hubungi 6319-8444.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti