Konsep ‘gamifikasi’ pameran kerjaya WSG tarik lebih 1,700 peserta

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Konsep ‘gamifikasi’ pameran kerjaya WSG tarik lebih 1,700 peserta

Konsep bantu peserta jalani ‘misi kerjaya’ berstruktur, tingkat kesediaan bekerja
Jan 25, 2026 | 7:55 PM

Konsep ‘gamifikasi’ pameran kerjaya WSG tarik lebih 1,700 peserta

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, Workforce Singapore, Career XP 2026, Shawn Huang, Suntec City
Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kewangan), Encik Shawn Huang (kiri), bercakap dengan Encik Amirul Ariffin, salah seorang peserta di ‘Career XP 2026’, sebuah pameran kerjaya anjuran Workforce Singapore di Suntec City pada 25 Januari. - Foto BH oleh MOHD KHALID BABA

Pendekatan unik menjadikan proses mencari pekerjaan sebagai satu ‘misi’ permainan interaktif berjaya menarik sekitar 1,700 pencari kerja ke pameran sulung ‘Career XP 2026’ anjuran Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).

Acara lima hari yang berakhir pada 25 Januari di Suntec City itu membolehkan peserta mendapat akses terus kepada lebih 45 majikan serta khidmat nasihat pakar dalam persekitaran santai.

Pameran itu turut menyasarkan graduan baru dan mereka yang ingin mengubah haluan kerjaya dengan konsep RPG, atau role-playing game.

Bercakap kepada media, Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kewangan), Encik Shawn Huang, berkata penyertaan dalam acara sebegini membantu graduan mendapat pekerjaan dengan lebih mudah.

Menurutnya, lebih dua pertiga lulusan universiti kini berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

“Memandang ke hadapan, saya rasa trend mencari kerja untuk 2026 agak sihat, dan diharapkan kami dapat membantu lebih ramai graduan memperoleh pekerjaan yang lebih baik,” kata Encik Huang.

Menerusi konsep gamifikasi itu, peserta perlu menjalani ‘misi kerjaya’ berstruktur yang merangkumi lima peringkat bertema bagi meningkatkan kesediaan bekerja.

Selepas mendaftar di peringkat pertama (’Adventure Guild’), peserta bergerak ke ‘Mentorship Hive’ bagi sesi bimbingan kerjaya untuk memperkemas resume dan meningkatkan kemahiran temu duga.

Di peringkat ‘Knowledge Barracks’ dan ‘Arena’ pula, peserta berpeluang menyertai ceramah pakar serta berinteraksi secara langsung dengan wakil syarikat, termasuk daripada Hospital Besar Singapura (SGH) dan Jamiyah Singapura.

Misi berakhir di ‘Ascension Portal’, di mana peserta menerima ganjaran selepas menamatkan cabaran.

Selain program bimbingan kerjaya seperti Polaris, acara itu turut menampilkan reruai Majlis Belia Kebangsaan (NYC) bagi menggalakkan interaksi antara belia yang sudah bekerja dengan peserta pameran.

Bagi Cik Nur Dalilah Rahmat, 24 tahun, pameran kerjaya itu membantunya meneroka peluang di luar bidang tugasnya sekarang.

“Pameran seperti ini membantu saya mendapatkan lebih banyak maklumat tentang peluang yang ada di luar apa yang saya tahu,” kata beliau, yang kini bertugas sebagai karyawan pemulihan dialisis itu semasa ditemui Berita Harian (BH).

Seorang lagi pengunjung, Encik Amirul Ariffin, 25 tahun, hadir dengan misi berbeza.

Beliau yang bekerja dalam bidang jualan, memanfaatkan pameran itu untuk mencari peluang pekerjaan bagi bapanya yang diberhentikan kerja semasa pandemik Covid-19.

Menurut Encik Amirul, pameran itu membantunya berhubung dengan platform khusus yang menyediakan khidmat penempatan pekerjaan yang sesuai.

“Memandang ke hadapan, saya rasa trend mencari kerja untuk 2026 agak sihat, dan diharapkan kami dapat membantu lebih ramai graduan memperoleh pekerjaan yang lebih baik.”
Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kewangan), Encik Shawn Huang.

“Pameran seperti ini membantu saya mendapatkan lebih banyak maklumat tentang peluang yang ada di luar apa yang saya tahu.”
Cik Nur Dalilah Rahmat, karyawan pemulihan dialisis.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg