Ibadah korban bukan setakat satu tuntutan agama, malah wadah membantu golongan memerlukan. Ia menzahirkan keprihatinan masyarakat Islam terhadap mereka yang dalam kekurangan.
Bersandarkan ini, Al-Imtaq International & Services terus komited menyediakan khidmat ibadah korban yang sudah berlanjutan lebih 17 tahun, dengan daging korban diagihkan khususnya kepada warga miskin di pedalaman Indonesia.
Pengarah Urusannya, Ustaz Musa Zulkifli, berkata agensi itu menjalankan agihan daging korban di luar negara, terutama di kawasan kurang mendapat perhatian.
“Kami menyediakan dua keping gambar pelaksanaan korban serta sijil rasmi kepada peserta yang menunaikan ibadah korban. Jumlah $5 daripada setiap ibadah korban ini akan disumbangkan kepada institusi tahfiz,” kata Ustaz Musa.
Menurut ulama, hukum korban adalah sunah muakad, iaitu ibadah yang sangat digalak bagi mereka yang berkemampuan. Ini sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw: “Barang siapa berkemampuan namun tidak mahu berkorban, maka jangan dekati tempat solat kami.” (HR Ibnu Majah & Hakim).
Ustaz Musa menekankan bahawa ibadah korban bukan memberi ganjaran akhirat sahaja, bahkan memberi manfaat kesihatan dan kerohanian. Beliau merujuk kepada hadis Nabi saw yang bermaksud: “Ubatilah penyakitmu dengan memberi.”
“Dalam dunia yang penuh cabaran ini, sedekah boleh menjadi asbab (sebab-sebab) keberkatan, termasuk kesihatan. Doa golongan fakir yang menerima daging korban pula tidak terhijab, insya-Allah,” ujar Ustaz Musa.
Bagi 2025, Al-Imtaq International memfokuskan agihan daging korban di kawasan pedalaman Lombok di wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB) Indonesia, termasuk di Kampung Bandok, Tembeng, Mamben, Temanjor, Labuan dan Aikmel.
Penerima terdiri daripada petani dan penternak berusia 40 hingga 70 tahun yang lazimnya hanya mampu menikmati hidangan daging setahun sekali, iaitu pada Aidiladha.
“Sebahagian kawasan ini belum pernah menerima bantuan sebelum ini. Kami cuba meluaskan jangkauan kami agar lebih ramai dapat merasai nikmat ibadah korban,” tambah Ustaz Musa.
Beliau menyeru lebih ramai Muslim di Singapura tampil membantu agar golongan miskin dan fakir dapat merasai kegembiraan Aidiladha.
“Saya sendiri menyaksikan keperitan hidup mereka. Justeru itu, Al-Imtaq International ingin meringankan beban dan berkongsi kegembiraan. Ia selaras dengan kaedah fiqah, ‘jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semuanya’,” kata beliau.
Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Wakil Al-Imtaq International boleh mengambil sumbangan wang tunai anda. Hubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073.
Pemindahan bank ke akaun DBS Semasa: 019-904263-9.
PayNow ke UEN no: 53202179K (Setelah transaksi, sila ambil foto transaksi anda dan WhatsApp ke talian 8454-3782).
Cek ditulis atas nama: Al-Imtaq International & Services.
Kunjungi pejabat Na’am Travel di alamat: 22 Changi Road, #B1-17, Icon @ Changi, Singapura 419741.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman: www.al-imtaq.com


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg