Perasaan sedih dan pilu begitu menyelubungi hati Pengarah Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli, sebaik sahaja kembali daripada lawatan kemanusiaan ke Lombok, Indonesia.
Sepanjang berada di sana, beliau menyaksikan sendiri kesengsaraan hidup masyarakat miskin yang terpaksa bertahan dalam keadaan serba kekurangan.
Kisah duka yang dikongsi penduduk tempatan meruntun jiwa dan meninggalkan kesan mendalam, sekali gus membangkitkan rasa simpati dan tanggungjawab untuk membantu meringankan beban mereka.
“Meskipun fasa paling kritikal pandemik Covid-19 telah berlalu, hakikatnya masih ramai yang menanggung kesannya hingga ke hari ini.
“Seperti kata pepatah Melayu, ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’ – begitulah keadaan mereka yang hidup dalam serba kekurangan,” ujar Ustaz Musa, dengan nada penuh empati.
“Bagi 2025 ini, kami merancang melaksanakan ibadah korban dengan lebih meluas, termasuk mengagihkan daging korban ke kawasan pedalaman Lombok serta daerah lain di Nusa Tenggara Barat (NTB) seperti Sumbawa dan beberapa tempat yang amat memerlukan bantuan.
“Harapan kami agar sumbangan ini bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal, malah menyuntik semangat dan harapan dalam kalangan masyarakat yang terpinggir,” tambahnya.
Menurut Ustaz Musa, hukum penyembelihan haiwan korban adalah sunat muakad berdasarkan pandangan ramai ulama, iaitu amalan yang sangat dituntut.
Ini disokong oleh hadis: “Barang siapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.” (Riwayat Ibnu Majah & Hakim).
“Ibadah korban amat digalakkan bagi mereka yang mampu. Kini, umat Islam mempunyai pelbagai pilihan untuk menyalurkan daging korban, termasuk melalui platform antarabangsa seperti Al-Imtaq International & Services.
“Kami bukan sahaja mempunyai pengalaman lebih 17 tahun dalam menguruskan ibadah korban, malah turut membantu petani tempatan dengan membeli haiwan korban daripada mereka.
“Ini bukanlah hanya sekadar ibadah, bahkan satu usaha besar untuk memerangi kemiskinan,” tambah Ustaz Musa.
Setiap peserta ibadah korban akan menerima sijil serta dua keping gambar haiwan korban.
Selain itu, sumbangan $5 turut disalurkan kepada Ma’had Tahfiz.
Perkhidmatan pengambilan tempahan ke rumah turut disediakan secara percuma, dengan menggunakan wang tunai, bagi memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah korban.
Ustaz Musa berharap lebih ramai dermawan tampil menghulurkan bantuan agar lebih banyak golongan miskin dan fakir di Indonesia dapat menikmati daging korban yang pastinya akan memberi sedikit sinar kegembiraan dalam kehidupan mereka.
“Sebagaimana yang disebut dalam kaedah usul fiqh, ‘Apabila tidak mampu mengambil semuanya, janganlah pula ditinggalkan keseluruhannya’,” tambah beliau.
1. Wakil Al-Imtaq International yang sedia hadir untuk mengambil sumbangan wang tunai dari rumah. Hubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073.
2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 019-904263-9.
3. PayNow ke UEN: 53202179K. (Setelah selesai transaksi, sila ambil foto dan WhatsApp ke talian 8454-3782).
4. Cek atas nama Al-Imtaq International & Services.
5. Kunjungi pejabat Na’am Travel di alamat: 22 Changi Road, #B1-17, Icon @ Changi, Singapura 419741.
* Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web, www.al-imtaq.com
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg