Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koswe, Linkedua dijangka sesak jelang, semasa cuti sekolah Sep

Aug 26, 2024 | 5:25 PM
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menasihatkan mereka yang menyeberangi sempadan antara 30 Ogos dengan 8 September, supaya mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menasihatkan mereka yang menyeberangi sempadan antara 30 Ogos dengan 8 September, supaya mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen. - Foto ZAOBAO

Pelawat yang menggunakan pusat pemeriksaan darat untuk memasuki Malaysia, boleh menjangkakan kesesakan trafik di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas menjelang dan semasa cuti sekolah September ini, dari 30 Ogos hingga 8 September.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan dalam satu kenyataan pada 26 Ogos bahawa sepanjang hujung minggu Hari Kebangsaan yang panjang dari 8 hingga 13 Ogos sebelum ini, pengembara perlu menunggu sehingga tiga jam untuk melepasi pemeriksaan imigresen.

ICA menjangkakan perkara sama berlaku semasa cuti sekolah akan datang ini.

Pada 8 Ogos lalu, terdapat rekod lebih 540,000 orang melintasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.

ICA menasihatkan mereka yang mahu menyeberangi sempadan antara 30 Ogos dan 8 September supaya mengambil kira masa menunggu tambahan.

Sebagai alternatif, pengembara boleh menimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan bas rentas sempadan, tambahnya.

Sebelum pergi ke pusat pemeriksaan, pemandu juga dinasihatkan untuk memeriksa keadaan lalu lintas melalui laman web One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA)  atau Sistem Nasihat Pemantauan Lebuhraya yang dipasang di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dan Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).

Pemandu juga boleh mendapatkan maklumat terkini melalui akaun Facebook dan Twitter ICA, dan siaran radio di Money FM 89.3, One FM 91.3, Kiss92, 96.3 Hao FM dan UFM100.3.

Mereka yang menaiki kereta dan motosikal juga digalakkan untuk menggunakan kod QR dan bukannya pasport bagi pelepasan imigresen yang lebih cepat dan mudah.

ICA menyatakan pengembara juga perlu memastikan pasport mereka mempunyai baki sah laku sekurang-kurangnya enam bulan.

Penduduk tetap Singapura yang telah memperbaharui pasport mereka, perlu memindahkan permit kemasukan semula mereka ke pasport baru, manakala pemegang pas jangka panjang perlu memaklumkan ICA atau Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tentang sebarang perubahan dalam butiran pasport mereka, sebelum masuk ke Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg