Topic followed successfully
Go to BHkuKrisis minyak: Tiada pemberhentian kerja segera, namun majikan dalam sektor terkesan berwaspada
Krisis minyak: Tiada pemberhentian kerja segera, namun majikan dalam sektor terkesan berwaspada
Penganalisis: Sektor termasuk pengangkutan, logistik, penerbangan serta pelabuhan dijangka mula rasa tekanan secara beransur-ansur
Apr 3, 2026 | 6:20 PM
Krisis minyak: Tiada pemberhentian kerja segera, namun majikan dalam sektor terkesan berwaspada
Walaupun sektor minyak, petrokimia, tenaga dan kimia (OPEC) sedang menghadapi kesan paling hebat dan mula menunjukkan tanda-tanda awal langkah berwaspada akibat gangguan bekalan minyak ekoran perang ke atas Iran, kesatuan sekerja menyatakan bahawa tiada petanda segera berlakunya pemberhentian kerja secara meluas. Gambar menunjukkan kapal di Selat Singapura berlatarbelakangkan Pulau Bukom pada 19 Mac. - Foto ST
Meski sektor minyak, petrokimia, tenaga dan kimia (OPEC) kini paling terkesan dan mula menunjukkan tanda-tanda awal langkah berwaspada akibat gangguan bekalan minyak ekoran perang ke atas Iran, kesatuan sekerja berkata tiada petanda segera berlakunya pemberhentian kerja secara meluas.
Namun begitu, sektor lain seperti pengangkutan, logistik, penerbangan serta pelabuhan dan pembekalan bahan api kapal – yang dijangka menjadi antara industri terawal yang terkesan – akan mula merasa tekanan daripada gangguan tersebut secara beransur-ansur, kata para penganalisis kepada Berita Harian (BH).
Laporan berkaitan
Pemerintah percepat sokongan diumum Belanjawan 2026, sedia bantuan khususApr 2, 2026 | 5:31 PM

