Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kronologi kes bocor nombor NRIC

Mar 6, 2025 | 5:54 PM
Panel semakan ditugaskan untuk menyiasat pendedahan nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Kebangsaan (NRIC) penuh individu di portal perniagaan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra). 
Panel semakan ditugaskan untuk menyiasat pendedahan nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Kebangsaan (NRIC) penuh individu di portal perniagaan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra).  - Foto BH

Panel semakan ditugaskan untuk menyiasat pendedahan nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Kebangsaan (NRIC) penuh individu di portal perniagaan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra).

Berikut ialah garis masa dan kejadian penting berkaitan insiden tersebut, menurut The Straits Times (ST).

Pada 2022, Acra merancang portal Bizfile yang dipertingkatkan. Pejabat Negara Pintar dan Pemerintahan Digital (SNDGO) memulakan semakan dasar mengenai penggunaan nombor NRIC.

Pada September 2023, SNDGO memberi amaran kepada agensi untuk menghentikan pembangunan projek baru yang menggunakan nombor NRIC untuk pengesahan dan untuk memaklumkan pejabat mengenai usaha dan masa yang diperlukan untuk menghentikan amalan yang sedia ada.

Pada Februari 2024, Acra mencadangkan untuk mengubah fungsi profil individu di Bizfile, yang sebelum ini memaparkan nombor NRIC penuh, untuk memaparkan nombor NRIC separa.

SNDGO memaklumkan Acra tentang rancangan untuk menggunakan nombor NRIC sebagai pengenalan unik, bukan untuk pengesahan dan menghentikan penggunaan nombor NRIC separa.

Acra kemudian memutuskan untuk tidak meneruskan perubahan itu.

Pada 5 Julai 2024, Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) mengeluarkan pemberitahuan kepada semua agensi awam, termasuk Acra, mengenai rancangan untuk menghentikan penggunaan nombor NRIC untuk pengesahan dan menghentikan penggunaan NRIC terlindung baru menjelang 1 November 2024.

Mesej dalaman inilah yang menjadi punca salah faham antara MDDI dengan Acra.

Pada 16 Julai 2024, MDDI mengadakan taklimat secara maya untuk pasukan tadbir urus data dari pelbagai agensi bagi menjelaskan isu mengenai pemberitahuan tersebut.

Rakaman video taklimat dan dokumen ‘FAQ’ (soalan yang sering ditanya) kemudiannya dikongsi dengan peserta, termasuk dua pegawai dari Acra.

Antara Julai dengan Ogos 2024, Acra, secara salah faham memulakan tugasan berdasarkan pemberitahuan pada Julai mengenai keperluan memaparkan nombor NRIC penuh dalam fungsi carian seseorang pada portal Bizfile baru.

Pada 9 Disember 2024, Acra melancarkan portal Bizfile baru dengan nombor NRIC penuh dipaparkan dalam hasil carian.

Pada 12 Disember 2024, agensi menerima maklum balas daripada orang awam dan media mengenai fungsi carian seseorang.

Pada 13 Disember 2024, Acra dan MDDI mengeluarkan kenyataan untuk menangani kebimbangan awam. Pada malam yang sama, fungsi carian seseorang dimatikan.

Pada 28 Disember 2024, fungsi carian seseorang kembali aktif di portal Bizfile tanpa nombor NRIC dipaparkan dalam hasil carian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg