Setiap kali Perayaan Kuih Bulan tiba, bukan perisa tradisional kuih itu sahaja dicari ramai, malah inovasi baharu yang dapat memberikan pengalaman berbeza.

Pada 2026, Fairmont Singapore menampilkan koleksi kuih bulan istimewa yang menggabungkan resipi tradisional dan sentuhan moden, yang dipapar menerusi pembungkusan eksklusif, sempena ulang tahun ke-40 hotel itu.

Lebih istimewa, koleksi kali ini datang dalam ‘Heritage Keepsake Box’ edisi terhad, yang diinspirasikan daripada seni bina ikonik bangunan Fairmont Singapore.

LEBIH DARIPADA KUIH BULAN BIASA

Paling mencuri perhatian ialah koleksi kuih bulan bakar pertama Fairmont Singapore, yang mendapat pensijilan halal sepenuhnya.

Antara pilihan klasik ialah ‘Low Sugar White Lotus Paste with Single Yolk’ ($95), dan ‘Low Sugar White Lotus Paste with Double Yolk’ ($99), yang dijual secara berasingan dalam kotak berisi empat biji kuih bulan dengan perisa sama.

Selain itu, dua perisa baharu turut diperkenal, iaitu ‘Oolong Tea Lotus with Multigrain Brown Sugar’ ($88), dan ‘Premium Mixed Nuts with Pumpkin Seed’, yang mempunyai gabungan pelbagai biji dan kekacang.

Penggemar kuih bulan pelbagai rasa boleh membeli ‘Assorted Baked Mooncake Box’ ($99), yang menghimpunkan empat biji kuih bulan dengan perisa berbeza dalam satu kotak.

Untuk pilihan buah tangan lebih eksklusif, pilih set premium ‘Assorted Baked Mooncake’ ($152), yang merangkumi kesemua perisa bersama sebuah teko dan dua cawan teh.

Bagi syarikat yang ingin membuat tempahan dalam kuantiti besar, Fairmont Singapore menyediakan perkhidmatan cetakan logo pada kotak hadiah bagi memberikan sentuhan lebih premium.

Tempahan kini dibuka dengan pilihan penghantaran atau pengambilan sendiri dari 17 Ogos hingga 25 September.

Bagi yang ingin menghadiahkannya kepada keluarga, rakan atau pelanggan, baucar hadiah digital disediakan dan boleh dihantar terus melalui e-mel kepada penerima.

SEKILAS:

+ Dapatkan kuih bulan eksklusif ini di Fairmont at Home dengan pilihan penghantaran terus ke lokasi atau pengambilan sendiri.

+ Bagi tempahan korporat dan pukal sebanyak 15 kotak atau lebih, pelanggan boleh e-mel kepada fairmontsingapore.mooncakes@fairmont.com atau hubungi talian +65 8468 5783.

+ Ahli ALL Accor + Explorer dan pemegang kad AMEX Platinum layak menikmati diskaun hingga 35 peratus, manakala pemegang kad kredit OCBC boleh menikmati potongan harga hingga 30 peratus.

+ Ahli Accor Live Limitless (ALL) serta pemegang kad lain yang mengambil bahagian turut berpeluang menikmati diskaun bermusim, tertakluk terma dan syarat.