Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kuiz rumah tangga periksa tahap ‘kesihatan’ hubungan suami isteri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuiz rumah tangga periksa tahap ‘kesihatan’ hubungan suami isteri

Majlis Keluarga Sepanjang Hayat turut lancar Sambutan Perkahwinan Jubli Perak di Kampong Gelam, Queenstown dan Yew Tee; antara usaha perkukuh rumah tangga
Feb 24, 2024 | 08:11 PM



Pasangan suami isteri setempat kini boleh menggunakan kuiz khas untuk memeriksa tahap ‘kesihatan’ hubungan mereka.

Majlis Keluarga Sepanjang Hayat (FFL) pada 24 Februari, melancarkan kuiz tersebut yang dipakejkan dengan panduan perbincangan yang bertujuan membantu pasangan suami isteri memahami serta memperdalam hubungan mereka. 

Dikenali sebagai ‘Kuiz Perjalanan Perkahwinan Kami’ (OMJQ), ia dibentuk berdasarkan hasil kajian mengenai rumah tangga yang boleh digunakan pasangan untuk menilai tahap kesihatan hubungan mereka.

Kuiz itu merangkumi topik seperti komunikasi dan pengurusan konflik, ikatan positif dan penjajaran dalam jangkaan, disertai dengan panduan perbincangan.

Dalam ucapannya di Sambutan Perkahwinan Jubli Emas (GJWC) pada 24 Februari, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata kuiz dan panduan itu diharap dapat memberikan pasangan gambaran kesihatan hubungan semasa mereka di samping menggalakkan mereka untuk mengadakan perbualan yang bermakna antara satu sama lain. 

“Untuk memastikan perkahwinan menjadi kukuh, kita perlu sentiasa bertanyakan bagaimana keadaan pasangan kita, dan mempunyai niat untuk memastikan hubungan kekal sihat. 

“Bagi memberikan sokongan yang lebih baik kepada pasangan untuk memupuk lagi hubungan mereka, FFL baru-baru ini telah melancarkan ‘Kuiz Perjalanan Perkahwinan Kami’ dan disertakan juga dengan panduan perbincangan.

“Sumber ini adalah berdasarkan bukti, dan dibangunkan dengan mengambil kira pasangan setempat,” kata Encik Masagos dalam ucapannya. 

OMJQ juga boleh digunakan oleh mentor untuk memudahkan perbincangan dengan pasangan, tambah beliau. 

Kuiz boleh diakses di laman http://go.gov.sg/omjq dan panduan perbincangan boleh diperoleh di laman http://go.gov.sg/omjqguide.


Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, mengumumkan satu lagi inisiatif baru untuk mengiktiraf pasangan yang telah berkahwin selama 25 tahun dan meraikannya dengan masyarakat.

Dengan kerjasama Persatuan Rakyat (PA), Sambutan Perkahwinan Jubli Perak (SJWC) akan berusaha untuk meluaskan usaha pemerintah untuk meraikan institusi perkahwinan serta menyemarakkan komitmen dalam kalangan pasangan untuk terus memperkukuh hubungan perkahwinan mereka. 

Sambutan itu akan diadakan di tiga kawasan, iaitu Kampong Gelam, Queenstown dan Yew Tee dan menawarkan peluang kepada pasangan untuk memperbaharui ikrar perkahwinan mereka dan menyertai kegiatan yang akan dianjurkan bagi mengeratkan hubungan mereka.

Selaras dengan kempen tahunan FFL, ‘I Still Do’, inisiatif itu diumumkan untuk menyokong pasangan pada peringkat perkahwinan yang berbeza serta melengkapkan lagi sokongan lain yang ditawarkan FFL, bersama-sama dengan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROM), Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Orang Islam (ROMM) dan rakan kongsi, kepada pasangan.

Encik Masagos akur bahawa “semua daya usaha ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan padu daripada rangkaian sukarelawan dan rakan kongsi yang berdedikasi”.

Sambutan Perkahwinan Jubli Emas kembali diadakan secara fizikal buat julung kalinya sejak 2019 pada 24 Februari di  Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands.

Dianjurkan bersama oleh majlis FFL, ROM dan ROMM, acara tersebut meraikan pasangan yang telah berkahwin sekurang-kurangnya 50 tahun.

Lebih 1,000 tetamu hadir pada acara itu yang turut disertai Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isteri, Cik Jane Ittogi Shanmugaratnam.

Acara tersebut turut mengiktiraf dan meraikan seramai 165 pasangan dengan Pakej Peringatan Jubli Emas yang termasuk sijil peringatan, sebuah pingat emas, ucapan tahniah dan gambar untuk dibuat kenangan. 

Di acara itu, pasangan juga berpeluang memperbaharui komitmen perhubungan mereka di hadapan keluarga serta rakan-rakan mereka. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >