Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kumpulan aktivis dikenakan Arahan Pembetulan di bawah Pofma atas kenyataan palsu

Aug 8, 2024 | 7:04 PM
Kumpulan aktivis Transformative Justice Collective, yang mendesak agar hukuman mati dimansuhkan di sini, dikenakan Arahan Pembetulan pada 8 Ogos oleh Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) berhubung penerbitan kenyataan palsu pada 1 Ogos berkenaan pengolahan Banduan yang Menunggu Hukuman Mati (PACP).
Kumpulan aktivis Transformative Justice Collective, yang mendesak agar hukuman mati dimansuhkan di sini, dikenakan Arahan Pembetulan pada 8 Ogos oleh Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) berhubung penerbitan kenyataan palsu pada 1 Ogos berkenaan pengolahan Banduan yang Menunggu Hukuman Mati (PACP). - Foto ST

Sekumpulan aktivis berpangkalan di Singapura dikenakan Arahan Pembetulan berhubung penerbitan kenyataan palsu berkenaan pengolahan Banduan yang Menunggu Hukuman Mati (PACP), kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Dalam satu kenyataan pada 8 Ogos, Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) supaya mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada Transformative Justice Collective (TJC) – kumpulan aktivis yang mendesak agar hukuman mati dimansuhkan di sini.

Ini susulan penerbitan kenyataan pada 1 Ogos oleh TJC di laman web serta wadah Facebook, Instagram dan X.

Menurut MHA, kenyataan TJC itu mengandungi empat kenyataan palsu:

* Pelaksanaan hukuman mati ke atas banduan warga Singapura pada 2 Ogos ditetapkan tanpa mengambil kira proses undang-undang yang sewajarnya;

* PACP dinafikan peguam dalam prosiding mahkamah, dan perlu tergesa-gesa menyediakan dan menghujahkan kes mereka sendiri, yang sengaja ditetapkan untuk diadakan dalam masa singkat;

* Pelaksanaan hukuman mati berjadual ditangguhkan sewenang-wenangnya pada saat-saat akhir; dan

* Pihak berkepentingan di Singapura (The State) membuat undang-undang berhubung hukuman mati sewenang-wenangnya.

MHA berkata: “Pemerintah memandang serius komunikasi berunsur kepalsuan yang disengajakan.”

Kenyataan TJC pada 1 Ogos itu mendakwa tempoh notis yang diberikan kepada banduan yang dikenakan hukuman mati adalah lebih singkat daripada biasa iaitu selama tujuh hari.

Ini setelah kenyataan itu mendakwa notis pelaksanaan hukuman mati yang dikeluarkan kepada banduan tersebut dan keluarganya adalah pada 29 Julai – pelaksanaan hukuman mati dijadualkan pada 2 Ogos.

Kumpulan aktivis itu turut mendakwa dalam kenyataan tersebut bahawa pelaksanaan hukuman mati telah ditetapkan sebelum keputusan mahkamah dikeluarkan sambil menambah, sebagai pendukung gerakan abolisionisme, kumpulan itu menjadi saksi kepada “pelbagai penderaan dan penghinaan”.

Ini termasuk mempercepat permohonan undang-undang kepada beberapa hari sahaja, serta meletakkan banduan yang tidak mempunyai peguam, sumber atau latihan undang-undang dalam kedudukan tergesa-gesa untuk mempersiapkan kes mereka sendiri terhadap pendakwa raya, katanya.

MHA dalam kenyataannya berkata adalah satu tindakan mengelirukan dan adalah palsu untuk mencadangkan bahawa hukuman mati ke atas lelaki yang dinyatakan dalam kenyataan TJC telah ditetapkan tanpa mengambil kira proses undang-undang yang sewajarnya.

Lelaki itu telah didapati memiliki 36.93 gram heroin bagi tujuan pengedaran pada 2016.

MHA menambah, lelaki itu diberi proses undang-undang sewajarnya dan pelaksanaan hukuman mati hanya akan ditetapkan apabila banduan telah kehabisan semua hak rayuan dan proses pengampunan.

Ini bukanlah kali pertama kumpulan itu dikenakan Arahan Pembetulan – arahan serupa dikenakan ke atasnya pada Mei oleh MHA berhubung satu catatan Facebook pada 23 April.

MHA menyatakan TJC perlu memaparkan notis pembetulan di laman web serta catatan Facebook, Instagram dan X yang terbabit berikutan Arahan Pembetuan yang dikenakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg