Kumpulan kerja baru dibentuk tangani isu perkahwinan, keibubapaan secara holistik
Kumpulan kerja baru dibentuk tangani isu perkahwinan, keibubapaan secara holistik
Antara usaha tangani isu kadar kesuburan Sâpura yang terus merosot ke paras terendah baru
Sebuah kumpulan kerja baru akan dibentuk dengan agensi relevan untuk meneliti isu perkahwinan dan keibubapaan secara menyeluruh.
Demikian umum Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah.
Langkah itu merupakan antara usaha bagi menangani isu berhubung jumlah kadar kesuburan (TFR) Singapura yang terus merosot ke paras terendah baru, dengan data awal menunjukkan kadar bagi 2025 ialah 0.87 â lebih rendah berbanding 0.97 pada 2024
Kumpulan itu, yang akan dipengerusikan oleh Cik Indranee sendiri, akan mengadakan pendekatan meluas dengan orang awam, perniagaan dan sektor insani (people sector) untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas.
Ia akan memberi tumpuan pada langkah membina usaha semasa untuk mempertingkat sokongan pemerintah serta memupuk minda positif tentang perkahwinan dan keibubapaan.
Selain itu, kumpulan tersebut akan bekerjasama dengan majikan untuk memupuk budaya dan amalan di tempat kerja yang mesra keluarga, dan mendekati seluruh masyarakat dalam usaha tersebut.
Butiran lanjut mengenai kumpulan kerja itu akan diumumkan kelak.
Sementara itu, Tinjauan Perkahwinan dan Keibubapaan juga akan dipertingkat pada 2026 untuk mendapatkan pandangan lebih mendalam tentang bagaimana sikap dan tanggapan terhadap perkahwinan dan keibubapaan telah berkembang.
âMaklum balas dan cadangan yang dikemukakan akan menjadi asas kepada saranan kumpulan kerja dan membentuk fasa peningkatan perkahwinan dan keibubapaan yang seterusnya,â kata beliau, yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara).
Bercakap di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Pejabat Perdana Menteri â Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) di Parlimen pada 26 Februari, Cik Indranee berkata kemerosotan TFR bukan isu unik yang menjejas hanya Singapura, malah merupakan satu fenomena sejagat.
Isunya bukan sekadar bersangkut paut dengan soal ekonomi, tambah beliau, kerana walaupun sesetengah negara telah membelanjakan banyak wang untuk menyediakan pelbagai skim sokongan atau sistem kebajikan yang murah hati, ia secara asasnya tidak memperbaiki trend kemerosotan itu.
Dalam usaha menyelami isu tersebut, Cik Indranee berkata beliau telah mendekati pelbagai golongan di Singapura, termasuk orang bujang; mereka yang sudah berkahwin tetapi teragak-agak mempunyai anak; pasangan yang mahukan anak tetapi berhadapan isu kesuburan; dan ibu bapa dengan anak kecil.
Antara maklum balas yang diterima adalah golongan milenial dan Gen Z sering mengabaikan percintaan dan perkahwinan demi memburu minat dan matlamat hidup.
Sementara itu, mereka yang sudah berkahwin tetapi ragu-ragu mempunyai anak, bimbang mereka tidak dapat menjadi ibu bapa yang baik.
âJika kita mahu mengubah trajektori, ini adalah isu yang kita mesti tangani. Ia tidak boleh ditangani oleh langkah dasar sahaja.
âApa yang kita perlukan adalah âPenetapan Semula Perkahwinan dan Keibubapaanâ â yang saya maksudkan adalah penetapan semula merentas masyarakat mengenai: Cara perkahwinan dan keibubapaan dilihat dan disokong; cara tempat kerja boleh berubah untuk menyelaraskan pekerjaan dan keluarga dengan lebih baik; dan cara setiap orang boleh memainkan peranan mereka,â kata beliau.
Cik Indranee berkata pemerintah akan melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong keluarga dalam perjalanan mereka, termasuk dalam kos membesarkan anak, perumahan, prasekolah dan penjagaan, serta sokongan bagi keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan.
Ini selain sokongan untuk ibu bapa yang memasuki semula alam kerja selepas berehat seketika daripada kerjaya, dan juga dalam isu kesihatan kesuburan.
Antaranya, pemerintah akan bekerjasama dengan agensi untuk menyemak sokongan kewangan dan bukan kewangan yang diterima pasangan sepanjang perjalanan kesuburan mereka.
Cik Indranee turut menekankan keperluan memupuk minda positif, di mana keputusan mengenai perkahwinan dan keibubapaan boleh dilihat dengan optimis dan positif berbanding rasa takut dan bimbang.
Ditanya Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee) tentang garis masa bila kumpulan kerja itu akan mengadakan pendekatan dan melaksanakan saranan, Cik Indranee berkata butiran lanjut akan dikongsi kelak.
â
Apa yang kita perlukan adalah âPenetapan Semula Perkahwinan dan Keibubapaanâ â yang saya maksudkan adalah penetapan semula merentas masyarakat mengenai: Cara perkahwinan dan keibubapaan dilihat dan disokong; cara tempat kerja boleh berubah untuk menyelaraskan pekerjaan dan keluarga dengan lebih baik; dan cara setiap orang boleh memainkan peranan mereka.â
