Perkahwinan di S’pura terus merosot, terendah sejak 2020

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perkahwinan di S’pura terus merosot, terendah sejak 2020

Feb 24, 2026 | 6:25 PM

Perkahwinan di S’pura terus merosot, terendah sejak 2020

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
perkahwinan, statistik perkahwinan Singapura 2026
Encik Kelvin Ngian dan Cik Charmaine Cheong berkahwin pada November 2025. - Foto ST

Jumlah perkahwinan merosot pada 2025, pada paras terendah sejak 2020 ketika sekatan Covid-19 menjejas banyak rancangan majlis.

Pada 2025, sebanyak 24,687 perkahwinan dicatat, susut 6.2 peratus berbanding 26,328 pada 2024.

Demikian menurut data Jabatan Perangkaan (DOS) Singapura.

Ahli akademik menyifatkan kemerosotan itu sebagai ketara dan berkata angka awal 2025 itu menunjukkan jumlah perkahwinan merosot tiga tahun berturut-turut sejak lonjakan 29,389 kes selepas pandemik pada 2022.

Trend itu dijangka memberi tekanan kepada jumlah kadar kesuburan (TFR) Singapura yang sudah sangat rendah.

TFR merujuk kepada purata bilangan anak yang dilahirkan setiap wanita sepanjang tempoh kesuburannya.

TFR pada 2024 ialah 0.97, manakala angka 2025 belum diumumkan.

Pada Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, berkata beliau “tidak mungkin membawa berita baik” mengenai purata TFR 2025.

Walaupun tahun naga, mengikut masyarakat Cina, lazimnya menyaksikan sedikit lonjakan kelahiran, kadar 2024, iaitu tahun naga, kekal sama seperti 2023 pada 0.97 dan dijangka terus menurun.

Felow Penyelidik Utama daripada Institut Pengajian Dasar (IPS), Dr Mathew Mathews, berkata jumlah perkahwinan merosot setiap tahun sejak 2022, selepas pasangan yang menunda majlis pada 2020 berkahwin pada 2021 dan 2022.

Pada 2020, hanya 22,651 pasangan berkahwin, terendah sejak 2005, apabila 22,992 mendirikan rumah tangga.

Profesor Jean Yeung daripada Jabatan Pediatrik Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata kemerosotan pada 2025 sebahagiannya berpunca daripada semakin kurang golongan dalam usia sesuai yang berkahwin, terutama mereka yang berusia 20-an hingga awal 30-an tahun.

Ketidaktentuan ekonomi, kos sara hidup tinggi dan ketegangan politik sejagat turut menjejas rancangan perkahwinan, tambah Profesor Yeung.

Ahli akademik turut melihat perubahan jangka panjang dalam sikap terhadap perkahwinan.

Ramai memilih berkahwin lewat untuk mencari pasangan sesuai dan membina kerjaya serta kestabilan kewangan dahulu.

Umur median perkahwinan pertama meningkat kepada 31.1 tahun bagi lelaki dan 29.6 tahun bagi wanita pada 2024, berbanding 26.7 tahun bagi wanita dan 29.4 tahun bagi lelaki pada 2004.

Dengan lebih ramai berkahwin lewat atau tidak berkahwin, kadar kelahiran dijangka terus terjejas.

Encik Kelvin Ngian, seorang pemilik perniagaan berusia 41 tahun, berkahwin dengan Cik Charmaine Cheong, seorang pengurus pemasaran berusia 32 tahun, pada November 2025 selepas lima tahun berkenalan.

“Kami rasa sudah bersedia. Ia terasa tepat,” katanya.

Pasangan itu berharap dapat memiliki dua cahaya mata kerana menjadi anak tunggal boleh terasa sunyi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg