Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kunjungi reruai BH di Simposium Bahasa Ibunda 

Sep 11, 2024 | 1:43 PM
Kunjung reruai Berita Harian di Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) ke-13 di Pusat Konvensyen Suntec City untuk menyertai pelbagai kegiatan menarik dan menangi hadiah BH pada 14 September.
Kunjung reruai Berita Harian di Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) ke-13 di Pusat Konvensyen Suntec City untuk menyertai pelbagai kegiatan menarik dan menangi hadiah BH pada 14 September. - Foto MOE

Pelbagai kegiatan menarik menanti kanak-kanak serta para pelajar yang mengunjungi reruai Berita Harian (BH) di Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) di Pusat Konvensyen Suntec City pada 14 September.

Mereka dapat mempelajari cara kandungan video dirakamkan secara langsung serta menyertai rakaman tersebut.

Pelbagai hadiah dapat dimenangi apabila mereka menyertai kuiz ejaan dan permainan yang sesuai mengikut peringkat umur daripada kanak-kanak prasekolah, serta pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) ke-13 itu dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan tiga jawatankuasa penggalakan Bahasa Ibunda. 

“Kami ingin ibu bapa serta para pelajar mengetahui tentang produk-produk BH termasuk akhbar pelajar, Gen G, yang boleh digunakan sebagai bahan bacaan Bahasa Melayu.

“Sejajar dengan adanya pelbagai wadah digital BH, para pengunjung boleh menyertai dan mempelajari cara rakaman bagi kandungan video,’’ kata Editor Audiens dan Perkembangan BH, Cik Norhaiza Hashim.

Bertemakan, ‘Bahasa Ibunda Kita sebagai Bahasa Hidup’, MTLS ke-13 akan berlangsung di Dewan 404 dan 405 di Pusat Konvensyen Suntec dalam usaha menggalakkan pelajar menggunakan bahasa ibunda dalam kehidupan harian.

Sejajar dengan matlamat itu, simposium tersebut menampilkan senario kehidupan sebenar menerusi empat wira masyarakat – peniaga, anggota bomba, anggota penyelamat dan kapten bas – untuk memberi peluang kepada peserta berinteraksi dalam bahasa ibunda masing-masing. 

Di reruai BH, pengunjung boleh memenangi hadiah apabila mereka berkongsi pengalaman mereka mempelajari bahasa Melayu, mencuba kuiz ejaan dan kuiz menamakan permainan tradisional.

Mereka juga boleh memenangi pelbagai hadiah seperti beg BH, pensel khas dan buku nota dengan permainan roda pemutar.

Seramai 100 pengunjung terawal ke reruai BH juga berpeluang mendapatkan penerbitan Gen G dan beg BH percuma. 

Ibu bapa dan anak-anak mereka boleh menjangkakan sebanyak 45 reruai pameran dan 45 sesi perkongsian serta bengkel interaktif, yang menampilkan cara menggalakkan kebolehan menulis dan membaca serta penghargaan bahasa ibunda, kesemuanya dikendalikan oleh ahli akademik, pendidik, pakar kurikulum dan personaliti media. 

Tiket masuk dalam bilangan terhad boleh didapati pada hari acara bagi mereka yang tidak berjaya membuat pendaftaran bagi acara itu. 

Lungsuri laman web, www.mtls.edu.sg, untuk maklumat lanjut mengenai sesi perkongsian dan bengkel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg