Kuota skim keutamaan anak ketiga flat HDB diganda kepada 10%

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kuota skim keutamaan anak ketiga flat HDB diganda kepada 10%

Mar 4, 2026 | 3:17 PM

Kuota skim keutamaan anak ketiga flat HDB diganda kepada 10%

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
flat, BTO, Kuota skim keutamaan anak ketiga, TCPS
Pemerintah akan menggandakan kuota Skim Keutamaan Anak Ketiga (TCPS) daripada 5 peratus kepada 10 peratus, untuk flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Jualan Baki Flat (SBF) bagi membolehkan lebih ramai keluarga yang mempunyai tiga atau lebih anak membeli rumah. - Foto MOF

Kuota Skim Keutamaan Anak Ketiga (TCPS) bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan digandakan kepada 10 peratus, daripada 5 peratus sebelumnya.

Pemerintah mengambil langkah itu untuk membolehkan lebih banyak keluarga dengan tiga anak atau lebih memiliki rumah, dengan menggandakan kuota TCPS bagi flat HDB Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Jualan Baki Flat (SBF).

Kriteria kelayakan juga akan diluaskan, membenarkan keluarga layak mendapat TCPS seawal tatkala ibu sedang hamil anak ketiga, kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Pengangkutan), Cik Sun Xueling, di Parlimen pada 4 Mac.

Berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Negara (MND), Cik Sun berkata perubahan itu akan berkuat kuasa mulai jualan BTO pada Jun 2026.

“Tambahan pula, untuk menyokong keluarga yang lebih besar, kami akan berusaha ke arah meningkatkan bekalan flat yang lebih besar dalam jangka masa panjang.

“Ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk mengekalkan bekalan flat HDB yang kukuh,” kata Cik Sun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg