Kuota skim keutamaan anak ketiga flat HDB digandakan kepada 10%
Kuota skim keutamaan anak ketiga flat HDB digandakan kepada 10%
Kuota Skim Keutamaan Anak Ketiga (TCPS) bagi flat HDB akan digandakan kepada 10 peratus, dari 5 peratus sebelumnya.
Pemerintah mengambil langkah ini untuk membolehkan lebih banyak keluarga dengan tiga anak atau lebih memiliki rumah, dengan menggandakan kuota TCPS bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Penjualan Baki Flat (SBF).
Kriteria kelayakan juga akan diluaskan, membenarkan keluarga layak mendapat TCPS seawal ibu sedang mengandung anak ketiga, kata Cik Sun Xueling, Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Pengangkutan) di Parlimen pada 4 Mac.
Berucap pada perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Negara (MND), Cik Sun berkata perubahan ini akan berkuat kuasa mulai jualan BTO pada Jun 2026.
“Tambahan pula, untuk menyokong keluarga yang lebih besar, kami akan berusaha ke arah meningkatkan bekalan flat yang lebih besar dalam jangka masa panjang.
“Ini adalah sebahagian daripada strategi kita untuk mengekalkan bekalan flat HDB yang kukuh,” kata Cik Sun.

