Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagi 10 bas elektrik mula khidmat pada Dis

Orang ramai dapat nikmati perjalanan lebih selesa, bebas pelepasan asap 
Oct 23, 2024 | 4:15 PM
Dengan tambahan 10 bas baru itu, kini terdapat sejumlah 70 bas elektrik yang menggunakan laluan awam di sini. Bas-bas tersebut bakal digunakan untuk perkhidmatan nombor 86, 107 dan 159, yang melalui laluan di timur laut dan tengah Singapura. 
Dengan tambahan 10 bas baru itu, kini terdapat sejumlah 70 bas elektrik yang menggunakan laluan awam di sini. Bas-bas tersebut bakal digunakan untuk perkhidmatan nombor 86, 107 dan 159, yang melalui laluan di timur laut dan tengah Singapura.  - Foto ZAOBAO

Lebih ramai pengguna bas awam akan dapat menikmati perjalanan lebih selesa dan bebas pelepasan asap pada Disember 2024 sedang kumpulan pertama 360 bas elektrik yang dibeli oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 2023 bersiap untuk memulakan perkhidmatan.

Bas-bas tersebut bakal digunakan untuk perkhidmatan nombor 86, 107 dan 159, yang melalui laluan di timur laut dan tengah Singapura.

Kumpulan pertama 10 bas itu yang menggunakan kuasa bateri, mempunyai tiga pintu dan satu tingkat itu telah didaftarkan serta disewakan kepada pengendali SBS Transit (SBST).

Ini menjadikan jumlah bas elektrik yang menggunakan laluan awam di sini kepada 70.

LTA berkata pada 23 Oktober bahawa 10 bas baru itu, yang dibuat oleh syarikat elektrik China BYD, akan menjadi yang pertama menggunakan infrastruktur pengecasan di depoh bas Sengkang West yang baru dibina, lapor The Straits Times.

Depoh lima tingkat di Seletar West Road 1 itu, yang boleh memuatkan sehingga 500 bas elektrik dan konvensional, telah diserahkan kepada SBST pada Ogos, dan persiapan sedang dijalankan untuk membolehkannya memulakan operasi pada awal 2025.

Ia merupakan depoh bas bertingkat pertama LTA yang mempunyai sistem pengecasan kenderaan elektrik berkuasa tinggi berskala besar, dengan 240 pengecas yang setiap satunya membekalkan kuasa sehingga 360kW.

Dengan kemudahan itu, bas elektrik satu tingkat boleh dicas penuh dalam masa kurang satu jam setengah, kata LTA.

LTA membeli bas elektrik pertamanya pada 2018 untuk menilai teknologi yang digunakan dan membawa masuk 60 bas elektrik dengan harga sekitar $50 juta.

Sejak itu, 60 lagi bas elektrik telah dibeli daripada BYD, menjadikan jumlah tempahan LTA kepada 420 kenderaan.

Kesemua 420 bas elektrik baru dijangka digunakan secara progresif untuk perkhidmatan menjelang akhir 2025, menggantikan bas diesel lama yang mencapai penghujung jangka penggunaan mereka selama 17 tahun, kata LTA.

Bas baru itu juga akan mempunyai tanjakan automatik untuk penumpang yang menggunakan kerusi roda atau alat bantuan mobiliti. 

Ini sangat membantu kerana pada bas sedia ada, pemandu perlu membuka dan melipat semula tanjakan secara manual – satu tugas yang berat, terutamanya untuk pekerja yang lebih tua.

Selain menempatkan bas, depoh Sengkang West akan menempatkan sehingga 350 pekerja pengangkutan di kuarters kakitangan.

LTA sebelum ini berkata mengintegrasikan kuarters kakitangan dengan depoh baru memaksimumkan penggunaan tanah.

Ia juga mengurangkan masa perjalanan bagi pemandu bas yang sebelum ini harus berulang-alik ke tempat kerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg